Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

=)*edited

bukan konvoi tu dpt endorsement dri turki, european MPs etc??wat do u mean by kuasa lagi?? klu x silap,turki tu negara islam kan??xboleh buat apa jugak...erm... turki,iran,arab saudi ada kuasa politik.. but nothing..erm.. krn pemimpin yg ada pengecut,jdi kena ada sbilangn rakyat yg kena korbankn nyawa mereka utk gerakkn pemimpin2 ni spy bgn buat smthing..spy org islam yg msh leka trsedar..n ini short-term move 1 mr thing,kuasa politik je xcukup nk lawan musuh2 Allah ni..israel,amerika siapa blh lawan diorg skrg ni??xde lgi yg blh..even hamas yg ckp islamik.. umat islam stu dunia kena bgkit serentak dlm 1 gelombang..bru boleh nk lwn musuh2 Allah yg trdiri dri israel,amerika,eropah,freemason etc at least bgkit serntk di dunia arab..erm..bunyi cm teori ek?tp ada teori len ke slain dri teori ni utk lawan kuasa gergasi dunia ni??mcm xde.. yela,bru nk naik islam kt palestin,terus hamas kena teruk,even now crippled..xlh buat apa..bru nk naik islam kt iran,trs kena sanctioned..huh..so rasa t

[nampak???]

nampak? nampak ke tak? nampak apa? nampak tidak yang Islam ini perlu bersama dengan kuasa? nampak tidak yang Islam ini perlu bersama dengan negara? mana nak dapat kuasa? mana nak dapat negara? pilihan raya! politik! tapi... politik itu kotor,najis! kamu itu suci sangat ke? kalau bukan kamu yang mengotorkan diri untuk membebaskan politik dari kejahatan munafik dan musyrikin,siapa lagi? nampak tidak? nampak apa lagi? tanpa kuasa politik hantarlah berapa banyak bantuan kuatkanlah diri dengan pentarbiyahan namun ia tiada makna bila berhadapan dengan KUASA KEJAHATAN! Allah kan ada? iya Allah ada tapi sunnatullah dan syariatullah itu seiring!

[armada pembebasan]

lihatlah dunia jika pun tidak kerana ini isu Islam ini isu kemanusiaan saat ini maruah kita dipijak nilai iman kita di cabar rasa persaudaraan kita menuntut pembuktian israel bangsat itu mungkin punyai segala tapi Allah itu ada kami minta dengan sifat bengisMU Allah kami minta dengan sifat samsengMu Allah kami bersaksi wahai tuhan yang tiada sekutu musuh kami bersatu menggempur sahabat sahabat kami di sana membunuh mereka tanpa ihsan menutup berita namun kami percaya wahai AL JABBAR! siksa dan murkaMu tetap menunggu mereka sahabat sahabat mereka,muslimin yang terbunuh itu sudah selesai urusan mereka urusan mereka di dunia menemui Allah dengan hati yang sejahtera meninggalkan kita terkontang kanting di sini percayalah sahabat mereka tidak pernah mati bahkan mereka hidup dan memperoleh rezeki berupa syurga di sisi rabbul izzati kesudahan kita bagaimana?

[sempurna]

sempurna kesempurnaan lengkap? cukup serba serbi? apa yang mahu dikata? bukannya mengharap suatu yang tidak pasti tetapi meminta sesuatu yang boleh jadi tolonglah jangan kotorkan sucinya perjuangan ini jangan hitamkan putihnya gerakan ini kamu katakan Islam itu yang terbaik kerana ajarannya dari Allah kamu katakan Islam itu hebat kerana ia punya pengaruh yang kuat tetapi di mana kehebatan Islam jika ummatnya-kamu dan saya- seperti ini? p/s 1:allah,tolong aku jaga hati yang sedang bergolak,berbolak balik

[iran]

melihat isu lifeline4gaza ini menyebabkan saya terfikir dan teringat semula artikel yang pernah dibaca yang ditulis oleh dr maza di dalam majalah I,kalau tidak silap saya mulanya tidak mahu percaya tetapi mengikuti perkembangan dunia rasanya perlu di ambil cakna iran pernah membuat kenyataan jika satu peluru berpandu dari israel jatuh di dalam kawasannya mereka tidak teragak agak untuk menggugurkan satu bom kepada musuh tapi mengapa tidak tawaran itu juga diberikan kepada konvoi gaza yang di ancam oleh kapal kapal israel sekarang? wallahualam aduh,politik dunia sangat memeningkan dan berat namun politik ini memastikan survival islam jadi mahu atau tidak kamu mesti terlibat dengan dunia politik!

[semasa 12]

berita 1:aktivis pujuk orang islam murtad komen 1:islamization of america sangat2 berkembang sehingga mereka bimbang.cuma teringat pesan ust hasrizal,jgn terlalu leka untuk mengajak sehingga lupa untuk mengisi.dan juga teringat novel KOMBAT yang ceritakan bahawa salah satu force yang membantu kebangkitan futuwwah adalah dari US.ianya tidak mustahil! berita 2:nilai kekayaan 40 individu naik komen 2:yang kaya makin berharta.yang miskin makin papa berita 3:jadikan malaysia negara model toleransi kaum,agama:najib komen 3:kta najib,adakalanya kita terpaksa kobankan sesuatu untuk kebaikan bersama.korbankan apa?mengiakan pluralisma agama?oh,tidak sama sekali! berita 4:israel kena bersikap positif dengan isu damai komen 4:israel tidakkan pernah mahu berdamai.kalau ia pon,hanya di kertas.masih mengharap pada mereka? berita 5:lelaki muslim digesa nikah gadis tempatan berita 5:hmmm....nak komen ape yer? berita 6:380 000 ahli umno dikeluarkan komen 6:putihkan sekali fikrah kamu! berita 7:temu jodo

[cas]

iman manusia yang dimiliki ini sentiasa turun dan naik perlukan charger,plug dan electricity untuk kembali bangkit suatu yang tidak pernah gagal untuk menjananya kembali adalah dengan lagu lagu jihad melihat video video PRK di kampus kampus malaysia merasakan bahawa perjuangan di bumi ini tiada apa jika dibanding dengan mereka terkenang semula saat ketika itu makhluk makhluk Allah menjadi saksi sang puteri yang kami dayang dayang tolong kipaskan menjadi puteri di kalangan puteri yang ada namun biasalah tidak di kata berjuang jika tiada yang menghalang kerana kata si Qardhawi tiada cabaran itu bermakna kamu mati kerana kata H Fansuri kalau takut lahar sengketa jangan berumah di gunung berapi kalau takut di caci nista jangan CABAR MAHASISWA BERANI! p/s 1: ini untuk rakan rakan,sahabat sahabat perjuangan saya .sila rasai semangat dan kuasa ini.tegak bulu roma mendengar alunan takbir mereka!

[tundukkan]

pernah dapat kata kata ini suatu ketika "jika kita sentiasa memiliki suatu yang bagus bagus,hebat hebat,gantang gantang,mantap mantap dalam hidup,kita akan rasa mahu sentiasa hidup,tidak mahu mati" tundukkan nafsumu itu jika ianya suatu keperluan,silakan jika tidak,silakan juga cuma beringat kerana semua itu ditanya Allah sediakan jawapan sekali ya dengan tindakan yang mahu di ambil dan pastikan jawapan itu tidak di tolak mentah mentah oleh Allah nanti!

[untuk adik itu]

seorang adik bertanya pada saya katanya dia kesakitan sekarang hatinya sakit dengan kata kata manusia bukan pada dia tetapi pada seorang yang dia segani yang dia hormati untuk adik itu pertamanya akak minta moga kesakitan itu bukan kerana kebencian tapi kerana kasih sayang sayang kerana mahukan yang baik baik sahaja untuk mereka untuk yang mengata dan yang dikata akak doakan allah limpahkan sayang itu buat kamu keduanya pemimpin itu berbeza dengan yang di pimpin kamu ini ibarat orang yang berada di atas bukit orang yang dibawah tidak melihat kesemua seperti yang kamu nampak tidak mencapah seperti yang kamu lihat bawa mereka bersama untuk melihat itu ketiganya seperti yang akak beritahu ujian hebat itu untuk orang hebat 'tak kan kamu expect ujian untuk pelajar universiti seperti pelajar tadika' kan? keempatnya kamu mesti berjiwa besar mesti besar matlamat mesti besar harapan kamu kamu semua bukan orang yang meminta amanah dan percayalah jika itu kamu,allah sudah mengirim seoran

[pasta divina]

mula2,cam excited.pastuh..... dr ENT pernah ckp turkinye kopi paling sedap.so,saja nak try.best..cuma pekat sangat.huhu kiri,salute amal sebab habeskan.kanan,ain yg mantap.tengah2,memang xleh nak wat apa. ain yg kekenyangan.hahah.muka pasrah~ p/s 1:the one and only.cukupla.xnak da~~~

[rai]

p/s 1:kami da 22.cuma kak ji n ain je yg len.haha p/s 2:thanx najwa,hani n aten utk kek yg sangt sedaaappp p/s 3:macam la besday saya...haha p/s 4:teringat time 1st year dulu.huhu p/s 5:haha.huhu.hehe.hihi

[...]

................................... allah tolong ubati hati ini kerana ia milikMu ................................... allah tolong aku cuci ia kerana ia hak Engkau ...................................

['umar dan poetry]

'umar dan poetry 1-"learn poetry for in it are good things to be sought,bad things to be eliminated and wisdom for those who seek it,and it encourages good manners" 2-"tell the people there to learn poetry,for it promotes good characteristics and enriches people's minds and increases knowledge of lineage" 3-"the best skill a man can possess is the skill of composing poetry which helps him to achieve what he wants,and by means of which he seeks the sympathy of the noble and to soften the heart of ignoble" 4-"teach your children swimming and archery,train them to be skilled on horseback,and teach them beautiful poetry"

[mu'az bin jabal]

mari bercerita tentang mu'az ibn jabal (1) mu'az encouraged the people to seek knowledge,and he said "seek knowledge,for learning for the sake of allah is piety,seeking it is worship,discussing it is tasbeeh,pursuing it is jihad,and teaching it to one who does not know it is charity.knowledge shows us what is halal and what is haram,and is the beacon of the people of paradise.it brings COMFORT when one is lonely,and shows the CORRECT WAY to behave at times of ease and times of hardship.it is a weapon against one's enemies.Allah raises people (in status) because of it and makes them among the elite,leaders whose example is followed and whose opinion is adopted" (2) he stayed in syria,teaching the people their religion,until he was striken with the plague of 'amwas.his companions wept over him and he said,"why are you weeping?"they said,"we are weeping for the knowledge which will be cut off when you die." he said,"knowledge and faith wi

[untuk kamu sahabat dan adik beradikku]

post ini untuk seorang sahabat saya juga adik beradik saya saya tidak kenal dia dengan sebenar benar kenal tapi kami bersama atas satu pemikiran,atas satu perjuangan dia sedang lemah sekarang. saya tahu. tiada apa yang saya boleh buat untuk dia. hanya mahu berkongsi dengan dia apa yang saya rasa. lemah itu sifat manusia. kuat hanya dari Dia. tiada masalah untuk futur cuma futurlah untuk seketika cuma setelah itu bangkitlah kembali ambillah waktu untuk kamu berkhalwat denganNYA ambillah waktu untuk duduk bersendirian dengan Dia tajamnya pisau itu perlu juga untuk di asah sekali sekala adukan semua kepada yang paling memahami ini masa untuk kamu fokus kamu berdakwah dengan lesen akademik jangan biarkan ianya ditarik kerana jatuhnya ia bererti tumbang dakwah yang kamu bawa aku doakan kamu menjadi pahlawan agama yang gagah punya jiwa yang besar punya hati yang tabah semua ini hanya untuk menyatakan bahawa di saat semua lari meninggalkan dirimu kami adik beradik yang lain akan tetap akan t

[yang ini]

[masa lampau...]

pernah diri ini bersedih mahu menjadi diri yang dahulu merasakan bahawa dia yang dahulu itu yang lebih baik merasakan bahawa dia yang dahulu itu yang lebih molek tapi kemudian diri yang sekarang terfikir kamu yang sekarang ini celaka! kamu yang sekarang ini rugi! bukankah nabi bersabda mukmin itu lebih baik dari yang semalam bahkan akan lebih baik dari hari ini aduh! wahai diri... impikanlah untuk sentiasa menjadi yang lebih baik bukannya merenung masa lampau yang entahkan molek,entahkan tidak menjenguk masa lampau untuk berubah kepada yang baru itu perlu melihat masa lalu untuk tetap begitu itu lesu p/s 1:along minta utk saya jadi seseorang.tp saya tidak mungkin untuk itu.esyah minta maaf long! p/s 2:sedang saket skrg.ubatnya tidak dijumpai.hanya meminta allah yang menyembuhkannya

[ampuni aku...]

allah jika semua ini kerana maksiat yang aku lakukan aku mohon kau ampunkan allah jika semua ini kerana dosa yang aku kerjakan aku bertaubat wahai tuhan wahai yang maha mengasihi hamba jangan kau timpakan azabmu pada mereka kerana aku wahai yang maha mengampuni terimalah aku kembali kerana aku tiada mahu menjadi yang rugi... wahai tuhan yang tiada dua aku ini hambamu yang hina jangan kau tinggalkan aku sendiri kerana aku mahu kau di sisi...

[asing...]

mahu berkhalwat terasing dari dunia dan kefanaannya ini sungguh diri ini letih dengan dunia jiwa ini tidak kuat dengan cabaran di luar sana allah engkau pemegang jiwa ini pegang ia erat erat wahai tuhan jangan kau lepaskan ia kerana ia sedang terumbang ambing saat ini ia mahu rebah ia mahu jatuh ia tersungkur allah aku mahu mendekat jangan kau menjauh

[pinjam]

mahu menulis sesuatu cuma tiada kata yang sesuai ia ada kaitan dengan artikel ini saya hanya mahu pinjam kata kata mereka VO cakap no more "my way' 'ur way' why dont we UNITE and give it HIGH WAY???? pengerusi PCT cakap kita menjaga keSATUan,bukan perSATUan! ini kata saya teori itu cantik.praktikalnya sakit!

[tentang manusia...]

status : sudah beberapa kali di ulang konklusi 1:buku ini tentang kehidupan.buku ini tentang pengalaman. konklusi 2:saya sarankan anda anda semua untuk memiliki buku ini.tidak rugi walau sedikit pun.percayalah.kalau tidak mahu percaya pada saya,sila percaya pada mereka yang sudah membacanya. konklusi 3:bagi saya,buku ini sampai bila tidak akan di hadam.terlalu banyak prinsip hidup di dalamnya konklusi 4:serius,tolonglah baca buku ini!

[indah indah indah...]

indah bahasa dia saya tidak tahu dia ini siapa tapi tulisan dia sangat bagus.sangat halus berseni dalam menjaga apa apa perkara yang tidak dapat di uruskan oleh quran dan sunnah,SIASAH yang akan menguruskannya sila terima kenyataan ini kerana itu tok guru haji hadi sebut islam itu asas siasah itu pengawas!

[berita]

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa saya tak tau nak gambarkan macam mana perasaan saya sekarang serius saya sangat sangat sangat seronok lepas ni saya akan senyum je memanjang heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~~~~~~~~~ seronnnnnoookkkkkk waaa allah sangat baik hikmah Allah itu ada.carila kadang kadang,dia tak jauh tapi ia terselindung selaklah ia dari maksiat dan dosa yang kita buat p/s 1:saya dapat satu berita gembira dari along.tapi saya tak boleh cerita lagi.nanti nanti yer. p/s 2:bertambah lagi kan along adik beradik dalam adik beradik kita?moga kita terus thabat.hingga akhir hayat! p/s 3:serius,saya sangat gembira~~~~~~~~!!!!.sampai sume pelik tengok saya duk senyum tak berhenti depan laptop p/s 4:along kasi satu doa.moga allah makbulkan doa itu!huhuhu

[kami...]

umi :macam mana hubungan dengan Allah? saya :biasala umi,manusia.ada naik,ada turun umi :sebab tuh kena duduk dengan kawan2.jangan duduk sorang sorang.sebab tuh perlunya hidup berjamaah saya :hmmm umi :quran tuh baca.sekarang ni umi xmboh setakat baca,amalan tu yang penting saya :hmm..baek~ p/s 1:mesti akan terkedu kalau cakap dengan umi p/s 2:hilang rasa beban.hilang rasa kosong.rupanya ini isinya p/s 3:umi kasi petua supaya orang mudah kesiankan kita.supaya orang mudah nak beri kerjasama.supaya orang tak sakit hati dengan kita.=)

[semasa 11]

berita 1:wanita parah di bahagian sulit akibat ditoreh suami komen 1:lagi kes keganasan rumah tangga. berita 2:ajal lepas minum komen 2:media cuba buat lari fokus rakyat berita 3:lelaki kulit putih dalang cubaan bom komen 3:hmmm...strategi obama berita 4:ramai lulusan perubatan UKM lari bekerja di singapura komen 4:perbetulkan niat kamu! berita 5:mualaf bantah isu perlembagaan komen 5:diorang pon faham yang ada pertembungan antara sivil dan syariah.menunggu sahabat peguam dan hakim yang berintegriti islam berita 6:nik aziz di desak segera perjelas kenyataan kickdefella komen 6:kenapa jawapan mantap ini tidak dihebahkan?sila baca ini juga berita 7:detik gemilang yuna dan faizal komen 7:biasanya 'no comment'.tapi saya nak kata yang,syaitan sekarang berjaya menyediakan daerah2 kelabu dan berkabus.maka,berhati2!

[sayings from 'umar...]

some sayings of 'Umar which became well known among the people 1-"no one is suited to this position except the one who is GENTLE without being WEAK,and STRONG without being HARSH" 2-"i want a man for the position of governorship who,when he is the leader of people he would be thought of as one of them,and when he is one of them he would be thought of as their leader" 3-"i complain to Allah of the wrongdoing of one who is STRONG and the incapability of one who is PIOUS" 4-"whoever does not recognize evil is more likely to fall into it" 5-"i am not a crafty person but i cannot be deceived by a crafty person" 6-"when Allah commands people to do a thing,he helps them to do it.and when he forbids them to do a thing,he renders them independent of it"

[mahu bercerita...]

mereka ini ada tempat yang istimewa dalam hati saya hanya Allah yang tahu bagaimana abg we dan akak bagaimana mahu saya ceritakan tentang mereka? tiada kata 'speechless' sungguh,saya amat amat amat sayangkan mereka abg we saya sayangkan dia kerana bagi saya dia menegur saya dengan rasa mahu saya jadi yang lebih baik walaupun setiap kali itu saya yang kesakitan dengan kata katanya akak dia ini tiada kata yang dapat saya terjemahkan hanya Allah yang maha tahu along dia ini tempat saya meluah segalanya tempat saya boleh jadi diri saya yang sebenar tempat untuk saya kritik dan bertekak dengan rasa kasih sayang tempat untuk saya komen seikhlas mungkin along buat esyah rasa yang esyah tidak pernah seorang along tidak pernah tinggalkan esyah masa esyah sedih walaupun esyah hanya ulang perkara sama walau esyah tidak reti meluah ingat masa esyah tahun satu dulu masa itu esyah ada masalah cuma sebab esyah memang tak pandai beritahu sesiapa yang lain esyah jadi sakit sampai esyah telefon

[rasa hati...]

1: pernah seorang ahli sufi yang asyik beribadat di makkah al mukarramah mendapat surat dari sahabat ulamanya yang lain.kata dia "manakan sama antara orang yang beribadat pada Allah dengan air mata dengan orang yang beribadat pada Allah dengan peluh,darah dan nyawa!" 2: kata nabi. "peperangan adalah tipu muslihat,tipu daya dan helah" 3: lama sudah tidak mencatat tentang 'umar.saya rindukan 'umar.'umar al khattab.mendengar namanya sahaja bisa membuat saya teringatkan dia. 4: kesedihan sebenarnya.terasa kehilangan.yang bersangatan. 5: banyak perkara yang bermain di kepala.moga semuanya Allah redha.

[sape nak beli???]

t shirt muslimah dari HEWI PMRAM collar belakang (maaf,gambar terbalik) depan p/s 1:sape nak bleh mai umah BET NAIM.stok yang ada hanya 20.saiz yang available: S,M,L,XL dan XXL. p/s 2:peluang untuk jadi yang lebih baik sentiasa ada.semuanya atas diri=) p/s 3:harga LE 40.thanx has!

[LIFELINE4 GAZA]

kutipan yang di sasarkan LE 35 000 kutipan yang diterima LE 47 000+ p/s 1:tahniah untuk yang memberi sumbangan.sumbangan idea,tenaga,doa,duit,kerjasama,pinjam barang.semuanya.moga ada ganjaran di sisi Allah. p/s 2:untuk yang tidak mengambil tahu,tidak mahu menyertai,buat tidak endah.kamu semua rugi.rugi kerana Allah beri peluang,kamu yang sia siakan. p/s 3:esok solat hajat.doakan sama sama yer.moga ada salah seorang di antara kita yang Allah terima doanya