Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Membilang nikmat

Orang yang kita tengok sempurna, cukup lengkap segala, tiada cela itu hanya sebab dia tak cerita kisah duka dia. Jika setiap orang bercerita ujian ujian yang dia dapat, pada masa itu, kita akan sedar yang kita semua ini sama sahaja. Kita semua diuji. Cuma ujian kita berbeza. Maka berhentilah membandingkan kisah hidup kita dengan orang lain. Kerana pada waktu kita berterusan membilang nikmat yang mereka terima, kita jadi lupa rezeki yang sudah Tuhan kurniakan pada kita.

kemaafan yang menenangkan

Percaya tak, hati akan jadi sangat tenang bila kita maafkan orang yang kita PALING tak suka? Saya pun mula mula tak percaya langsung. Sampai-lah suatu hari, saya menangis nangis atas tikar sejadah sebab bencikan seseorang. Sakit hati yang teramat sampai dada rasa mahu pecah. Tapi masa itu, saya tiba tiba teringat pada satu hadis Rasulullah SAW bahawa Allah tidak menerima amal ibadat seseorang yang memutuskan silaturrahim lebih dari tiga hari. Air mata jadi lagi laju.  Hati rasa pedih, tapi takut dengan ancaman nabi.  "Bagaimana boleh aku maafkan dia yang sudah berkata macam macam, menyakitkan aku sebegini?" Itu monolog dalaman saya. Lama saya berfikir sendiri.  Dan akhirnya, dengan teresak esak saya sebut doa, "ya Allah. Aku maafkan dia keranaMu. Terimalah." Sekonyong konyong itulah, beban di hati rasa terangkat.  Sungguh.  Saya tak tahu bagaimana mahu dijelaskan.  Tapi itulah yang saya alami waktu itu. Dada terus lapang

Pangkat dan Darjat

Kerana ada jenis manusia yang terlalu melihat darjat-lah, dunia ini terasa melemaskan, terlihat hanya hitam dan putih. Pembantu dikatakan kuli. Yang tidak bergaji besar disebut tidak berjaya. Pekerja bawahan dirasa tiada harga. Yang lambat mencapai sesuatu, dipanggil membuang masa dan cuma merugikan diri. Ketahuilah. Jika nilai dunia ini hanya pada uang, darjat dan pangkat, maka firaun dan qarun itu lebih mulia dari kalian. Berpadalah dalam berpendapat. Kalau tiada nelayan, kalian tak kan sanggup meredah gelora menangkap ikan. Kalau tiada si pembersih sampah, nescaya hidup kalian terhurung lalat sehingga muntah. Tiap kita punya peranan masing masing. Lakukanlah tugas kalian sebaiknya. Jangan kerana manusia. Kerana manusia itu menyakitkan. Berbuatlah kerana Tuhan. Kerana Dia sentiasa menenangkan.

Soal jawab Penyakit Mental

selama ni asyik sebut sebut pasal depression (Kemurungan), tapi betul ke apa yang kita fikir pasal depresi itu? atau selama ini hanyalah persepsi tanpa asas semata mata? saya berikan jawapan dan sedikit penjelasan ringkas dibawah untuk soalan yang mungkin anda pernah terfikir atau tidak pernah dengar langsung. Soalan soalan ini adalah  daripada soal selidik Adolescent Depression Knowledge Questionnaire (ADKQ). 1: Major Depression is a normal part of adolescence? TIDAK. it is not normal. Major Depressive Disorder (MDD) adalah penyakit mental yang berbeza daripada depresi biasa yang berlaku kerana kehilangan orang tersayang, atau kerana penyakit fizikal lain seperti hypothyroid. 2. Depression runs in some families? BETUL. Antara faktor masalah depresi adalah genetik. persekitaran dan faktor psikologi lain. 3. Depression can be controlled through willpower. TIDAK. Kemurungan tidak berkaitan dengan tahap motivasi seseorang. Ia adalah PENYAKIT mental.

Option untuk HO yang ingin berhenti kerja

Entry ini untuk adik adik Housemen yang berhasrat untuk berhenti kerja. Ini adalah pendapat saya daripada dulu sehinggalah hari ini (30 November 2018). Ia mungkin akan berubah pada masa akan datang mengikut situasi semasa, ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ramai adik adik doktor HO even MO yang tanya saya apa option pekerjaan yang mereka ada kalau diorang nak berhenti kerja. Even sampai sekarang. Honestly speaking , NONE. Korang boleh search kat internet macam macam peluang untuk medical grads yang resign, tapi realitinya untuk dapat, peluang TERLALU NIPIS. Terutama dengan keadaan ekonomi sekarang. Kecuali kalau korang: 1) memang tak nak bekerja selepas resign 2) ada kabel untuk carikan kerja (which tak semestinya jamin sebab orang kabel tinggi pun susah nak dapat sekarang. Ini cerita cerita benar) 3) sanggup cuba benda baru dan join business. Ilmu medik korang sangat bagus digunakan dala

ilmu menjawab salam

Masa saya di sekolah menengah dahulu, seorang ustaz saya pernah ajarkan satu ilmu. Dia kata, Islam ajar, kalau orang bagi salam pada kita, ianya mestilah dijawab sama ada setara atau yang lebih baik. Jadi ustaz tanya pada kami, " kalau saya sebut Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, awak semua nak jawab apa ? Saya main mainkan ustaz di belakang. Saya cakap, " waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh TUH TUH TUH ." Nak kata jahil sungguh zaman itu. Huuu. Mujurlah ustaz tak dengar jawapan saya tu. Kalau tidak, bertambahlah senarai guru yang makan hati dengan pelajar bernama Aisyah ini.  Segala puji kembali pada Allah yang memberi saya petunjuk, hidayah dan mahu membimbing saya semula selepas sesat. Sebenarnya, ada cara bagaimana menjawab salam ini. Allah sebut dalam Al Quran, bila orang bagi salam pada kita, jawablah dengan kadar salam yang sama, atau yang lebih baik. (An Nisa': 86) Orang sebut "Assalamualaikum", Allah anjurkan j

[menulis dan penulis]

Saya mula menulis sejak umur saya 18 tahun. Mula mengenali usrah semasa memasuki matrikulasi, saya bertemu dengan rakan rakan dan senior senior hebat di dalam bidang pengucapan dan juga penulisan. Saya tidak pernah tahu yang saya mempunyai bakat menulis (walaupun rakan sekelas semasa di tingkatan 5 pernah menyuarakan bahawa cara penulisan karangan Bahasa Melayu saya sama gaya dengan tulisan majalah. ini gara gaya terlalu banyak membaca majalah muslimah, al islam dan seumpamanya dahulu.) Sehinggalah suatu masa, seorang senior saya bertanya kepada kami junior junior, siapa yang mahu menjadi lebih baik dan bersedia untuk dilatih untuk menulis. Saya beranikan diri untuk menerima cabaran. Saya masih ingat, artikel pertama yang diberikan kepada saya untuk ditulis bertajuk "Adakah Malaikat itu Islam?" Maka bertungkus lumuslah saya yang berusia 18 tahun ketika itu mencari bahan bacaan dan kitab yang berkaitan untuk dibaca dan ditelaah. Pinjam sana dan sini, sehingga dipinjam b

[Alasan apa lagi?]

Aku ini tak adalah pandai sangat arab. Tapi sikit sikit, bolehlah faham beberapa ayat bila imam baca dalam solat. Cukuplah buat diri memuhasabah dan buat jadi modal untuk hadirkan rasa dalam taubat pada Dia. Hari ini, imam bacakan surah Al Infithar dalam solat Isyak. Sampai pada ayat, "ya ayyuhal insaan. Ma gharraka birabbikal Kareem", dada jadi sebak. Mata bertakung. Allah tanya, "Wahai sekalian manusia. Apakah yang telah memperdayakanmu (sehingga kamu berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha Pemurah?" (6) Allahu. Maafkan kami Tuhan. Banyak sungguh alasan kami dalam berbuat dosa padaMu. . . . Dengan sebegitu banyak rahmat dan nikmat yang diberi pada kita, kita tetap tega untuk berlaku derhaka pada Dia. Bila tersilap langkah, cepat cepat kita sedapkan hati; "Dosa kecik je ni" "Nanti aku mintak ampunlah" "Allah tahu. Aku bukan sengaja" Begitulah kita sehari hari. Mencipta alasan bila tersasar dari jalan Dia.

[hak cipta yang diwakafkan]

Bismillah. Oleh kerana blog ini baru dapat dibuka, saya mahu abadikan kenangan tulisan saya yang boleh dikatakan tular ke seantero Malaysia, tanpa mendapat kredit sedikit pun. Cerita ini bukanlah untuk mendapatkan kembali hak reka cipta tersebut, kerana sudah saya ikhlaskan untuk diwakafkan sebagai manfaat kepada ummah, dan segala pahala darinya saya niatkan kepada kedua umi dan ayah. Tulisan ini hanyalah sebagai cerita belakang tabir bagaimana kedua karya tersebut boleh terhasil. karya pertama adalah yang ini . . Al kisahnya, tulisan ini terhasil semasa saya sedang menyiapkan proposal untuk subjek Research Methodology di pengajian sarjana sekitar Disember 2013 dan awal tahun 2014. Semasa itu, saya sudah beberapa hari demam. Being such a manja and gedik girl, saya dah mula rasa sedih dan tak larat. Padahalnya, demam tidaklah teruk mana pun. Suam suam kuku sahaja.  Tapi oleh kerana saya perlu menyiapkan proposal yang saya tidak pernah buat pun sebelum ini, tuga

[after several years]

Bismillah. MasyaAllah Tabarakallah. Tak tahu macam mana nak gambarkan gembiranya hati lepas dapat unlocked semula blog kesayangan ini. Sudah lama mahu menulis kembali di sini, tetapi malang, saya lupa kata laluan. Bukan setakat kata laluan, bahkan lupa emel mana yang digunakan untuk mendaftar blog ini😅 Alhamdulillah, Allah berikan ilham pada malam 28 Ramadhan 1439H bersamaan 12 Jun 2018 ini. Bukan tidak mahu buat blog lain, tetapi domain blog ini adalah nama saya. Maka saya rasa, saya perlu untuk berjuang mendapatkannya semula. ecewah. P Insyaallah, akan cuba memanfaatkan sepenuhnya kembali blog ini dengan perkongsian yang bermanfaat, agar menjadi amal jariah dan sesuatu yang boleh dibanggakan selepas saya tiada di dunia. Juga sebagai tempat untuk saya abadikan kenangan dan foto foto. hehehe. 7 tahun yang lalu, umur saya 23 tahun. 2018, saya sudah 30. Harapannya, moga adalah perubahan baik dalam diri sehingga ia terjelma dan tergambar melalui bentuk penulisan. Jika masih k