Skip to main content

[my dear Farhiah]

dia paling kiri

my dear Farhiah
my dear Farhiah
my dear Farhiah

saya sayangkan awak. awak tahu?
entah kenapa setiap kali kita berbicara, saya merasakan kita berbicara dengan hati
saya sedih dengan kesedihan Farhiah. saya gembira dengan senyuman Farhiah.

Farhiah

saya sentiasa merasakan Farhiah adalah orang yang paling optimis dengan sesuatu perkara. biarlah seburuk mana keadaan, Farhiah sentiasa berjaya buat saya kembali tenang.

ingat malam itu, kita ke KLCC pada malam merdeka? kaki Farhiah tersepit di celah laluan komuter. tidak boleh bergerak. saya usahakan untuk Farhiah ke sana juga. dan kita sampai. malam itu,Farhiah tidur di masjid dalam keadaan sakit.esoknya kita ke HKL. Allah sahaja yang tahu takutnya saya. mana tahu ada yang patah dan retak. mujur tiada apa apa.

kenangan kita terlalu sedikit. tapi semuanya saya akan ingat. insyaallah

mana mungkin saya lupakan Farhiah. budi yang saya terima, terlalu banyak.

Farhiah...

ujian kita masing masing berbeza.saya tidak pernah tolong apa apa. tetapi Farhiah sentiasa minta pendapat saya. walau kadang kadang Farhiah sudah mendengarnya berkali kali. hati Farhiah yang lembut itu betul betul punya penyembuh yang maha menyembuh.

saya sudah tidak punya kata. cuma inilah yang mungkin terakhir

sabarlah. moga ini medan jihad Farhiah dan Allah ganjarkan syurga~!

Comments