Dengan namaMu Allah,aku bermula
manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika di timpa malapetaka, mereka berputus asa dan hilang harapannya.
dan jika Kami berikan kepadanya suatu rahmat dari Kami setelah di timpa kesusahan, pastilah dia berkata,"ini adalah hakku, dan aku tidak yakin bahawa hari kiamat itu akan terjadi. dan jika aku di kembalikan kepada tuhanku, sesungguhnya aku akan memperoleh kebaikan di sisiNya." maka sungguh, akan Kami beritahukan kepada orang orang kafir tentang apa yang telah mereka kerjakan, dan sungguh, akan Kami timpakan kepada mereka azab yang berat.
dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri (dengan sombong), tetapi apabila di timpa malapetaka maka dia banyak berdoa.
fussilat:49-51
di sana,pertolongan itu hanya dari Allah yang maha benar. Dialah (pemberi) pahala yang terbaik dan (pemberi) balasan terbaik
al kahf:44
adikku sofwan
Allah ada sesuatu untuk kamu
bersabarlah
nikmatnya air itu di minum selepas kamu benar benar letih dan dahaga~!
pahala yang mahu Dia beri pada kamu kali ini dari jalan sabar, bukan jalan syukur
sabarlah
redhalah
Comments
Post a Comment