Skip to main content

[marah!]



saya sendiri tak tahu kenapa kalau saya marah,marah itu memang marah yang bersangatan
sampai tak boleh dikawal
marah itu memang akan jadi marah yang mengerikan..menakutkan..
kadang kadang saya pun takut dengan diri sendiri bila saya marah
sebab saya akan 'tend' untuk mencederakan orang di sekeliling saya

memang saya sangat tak kuat bila saya marah
memang saya tak mampu nak lawan
nak kekang
nak bendung

sekarang saya tengah marah
tengah bengang
tengah sakit hati
sakit
sakit ini sakit yang teramat
orang mungkin hanya nampak saya marah
tapi saya tanggung sakit bila saya marah
menyesal lepas marah tu perkara biasa
tapi sakit bila marah tu yang saya tak boleh tahan
tangan kadang kadang terketar ketar
baca quran berapa muka masih tak boleh lawan
sakit dada sampai tak boleh nak bernafas
air mata macam nak jatuh

kalau sakit tu sesekali masa marah tak pe la jugak..
ini,berkali kali..nasib tak setiap kali

serius,saya tak tahu macam mana saya boleh kawal marah saya
setakat ini,apa yang boleh saya buat
kalau saya berada di tempat orang yang saya nak marah,saya akan larikan diri dari situ
kalau saya tengah bercakap,saya akan berhenti bercakap
dan memang,kalau saya marah yang tak boleh nak kawal,saya akan makan dengan banyak

allah,...
serius saya mahu menangis..diri tidak kuat sekarang
sangat
sangat tidak kuat
ada sesiapa boleh ubati hati saya dengan kalam allah??

Comments