Skip to main content

[beranikan diri]

jujurnya saya ada banyak perkara yang mahu diceritakan
tapi saya tangguhkan kerana hati saya masih belum bersama untuk berkongsi dengan kalian
kerana saya percaya pada kata kata seorang sahabat saya
ain alyaa namanya
bila mana saya kata saya percaya
saya maksudkan yang saya pernah cuba praktikkan apa kata dia
kata dia
"kalau mahu mengetuk hati yang lain,berikan hati kamu terlebih dulu padanya"

tapi saya tekan juga papan kekunci laptop ini akhirnya
kerana mahu bercerita pada kamu kamu semua

sejak dua menjak ini
ramai yang bertanya saya
"aisyah,kalau kita terlihat masalah ikhtilat,apa yang perlu kita buat?"

pertama
saya ucapkan syabas
kerana dia sedar ada tanggungjawab dakwah dan islah dengan perkara ini

dua
saya ucapkan tahniah
kerana itu tanda hatinya masih sihat..tidak sakit teruk..
sebab dia benci apa yang allah benci

tiga
terus terang
saya sendiri tidak tahu apa yang perlu saya buat bila berdepan masalah yang sama
apa yang nak ditegur
apa yang mahu disebut
semua itu bermain di kepala bila saya juga di tempat yang sama

cuma satu sahaja yang saya akan buat di ketika itu
BERANIKAN DIRI

ya
beranikan diri
saya mungkin tidak pandai bercakap untuk menegur
tapi saya akan PAKSA diri untuk tegur

kepala berfikir kemungkinan akan tidak dilayan
akan tidak disukai
akan dibenci
akan dimaki
akan diumpati

tapi
saya akan PAKSA DIRI

mana dapat kekuatan?
saya beritahu diri,ini TANGGUNGJAWAB!
ini AMANAH!
saya ditarbiyah
saya di didik
kalau saya tidak mampu untuk itu,saya rasa saya rugi
sia sia dengan tarbiyah yang diterima
dan saya rugi sebab janji allah untuk AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR ini hebat

saya tidak banyak tahu dalil dalil tentang ganjaran allah
tidak hafal pun
sebab saya ini memang lembap orangnya dalam menghafal
tapi
saya tahu dan yakin satu perkara
tolong allah,allah tolong kamu
jaga hak allah,insyaallah hak hak kamu terjamin

saya cerita tentang kekuatan
kekuatan saya juga dengan sahabat sahabat saya
semuanya
kerana saya tahu mereka berkongsi perasaan dengan saya
cuma mungkin teguran itu saya yang perlu mulakan
saya yang perlu beranikan diri dahulu
sebelum mereka beranikan diri

kerana saya sentiasa pesan pada diri
kuatkan diri untuk aku kuatkan sahabat aku
kena semangat untuk bagi semangat pada sahabat aku

jadi,kuncinya untuk semua yang saya tulis panjang panjang ini adalah
BERANIKAN DIRI
PAKSA DIRI

di akhirnya ia akan jadi RELA..
selamat berdakwah untuk semua!

Comments

Post a Comment