Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

[mungkin]

dalam masjid sultan hassan (masjid 4 mazhab) Dengan nama Allah,aku bermula umar saket jadi ini mungkin entry terakhir sebelum rumah ini saya tinggalkan sekejap end round exam 9 dan 10 januari depan tolong doakan ye p/s 1: mungkin p/s 2: nantikan rumah yang adik adik saya sedang mahu bina. =)

[tahniah~!]

Dengan namaMu Allah, aku bermula congrats bro, for the result~! moga ia membuka jalan kepada Allah bukan lorong ke arah ujub kata dia suatu masa "apiq tak nak study dekat tempat yang ada soleh, ada sape2 yang ada kaitan dengan apiq." yup. i just feel the same it's hard when there are expectations it's hard when people dont acknowledge you as you, but as someone's sister, someone's brother "bukanlah seorang pemuda yang mengatakan inilah ayahku, inilah keluargaku. tapi pemuda itu ialah yang berkata, INILAH AKU~!" perjalanan ini masih panjang adikku. teruslah berlari. langkahmu mungkin akan tempang. namun jangan berhenti. kerana di hujung hanya dua. syurga atau neraka. p/s 1:Allah, bantu aku atas kejahatan aku sendiri~!

[marah.ke korang tak?]

Dengan namaMu Allah, aku bermula saya GAY, saya okay pertamanya, terima kasih untuk ISHAK untuk video ini. (klik di status ym dia) keduanya, saya tengok video ini dan saya marah ke korang tak? tak saya tidak marah dengan dia secara peribadi saya marah kerana saya rasa maruah agama saya di permainkan saya marah kerana saya rasa mereka mereka ini semakin berani saya marah kerana saya rasa kita yang konon konon faham ini makin jadi penakut saya marah kerana saya rasa manusia makin rasa tidak bertuhan (pinjam ayat favourite amani) seksualiti merdeka? Allah, jangan Kau hinakan Islam kerana kami~! p/s 1:komen korang?ke nak wat tak tau je dengan mende ni?

[kami mantan]

Dengan namaMu Allah, aku bermula pimpinan akhawat sesi 07/08. sesi 08/09 cuba teka ja pegang apa time nih? sesi 09/10 sesi 10/11 ajk ke ahli ke,bila jumpa makanan,sume sama je.kecuali mantan dan ajk akademik.mantap2.hahah *MT yang duduk itu.heh p/s 1:satu hati, satu PCT~!

[titik]

Dengan namaMu Allah,aku bermula "wahai orang orang yang beriman! BERTAKWAlah kepada Allah dan CARIlah WASILAH (jalan) untuk menDEKATkan diri kepadaNya, dan berJIHADlah (berjuanglah) di jalanNya, agar kamu beruntung" al maidah: 35 saya baca quran sampai pada ayat ini saya baca terjemahan. saya tidak tahu tafsirnya bagaimana. cuma saya mahu tujukan ayat ini pada exco exco PCT yang baru. titik.

[pesanan]

Dengan namaMu Allah, aku bermula berakhir segala bebanan amanah ini, secara rasmi apa perasaan? semuanya bercampur baur... sedikit pesanan untuk ahli PCT seluruhnya ini pemimpin kamu buat setahun mendatang tidak kira apa, inilah pemimpin yang wajib untuk kamu berikan ketaatan selagi mana ia tidak membawa kamu ke neraka taatlah, patuhlah mereka walaupun mereka itu berbangsa habsyi~! untuk exco exco yang di lantik saya ulang pesanan ini untuk kesekian kali "SABAR SABAR SABAR, jangan merajuk~!" dan ini suara hati saya yang di sampaikan oleh junior saya jauh di bumi jordan. benarlah, satu fikrah, satu amal =) "ada yang pernah bertanya, kenapa aku (dan kebanyakan rakan rakan) suka menyusahkan diri, menjadi tulang belakang program, keluar sana sini. Waktu itu,aku gagal mencari hikmah, dan aku jawab begini, 'because it's funnn'. Dan dia jawab, 'its doesn't seems fun to me'. maka kali ini aku jawab jujur. kerana aku BUKAN ABID DI ATAS SEJADAH. TANGAN AKU

[rindu]

Dengan namaMu Allah, aku bermula saya susah nak buka cerita tentang keluarga, kecuali kalau saya betul betul nak cerita tapi hari ini, Allah kembalikan memori di saat saya sedang kelemahan ummiku sayang soleh, iwan, ingat tak lagu ini? soleh, saya dan iwan lahir setahun seorang kami membesar bersama sama main konda kondi main bola 'katok' gaduh jangan cerita menangis perkara biasa bila ayah bawa pergi rusila, dengar ceramah tok guru, kami merayap pergi beli makanan zaman bawa buai adik dalam van zaman main saidina sama sama bila ada yang menang, mesti gaduh lepas tuh main catur dengan ayah main guli main bola naek basikal ramai ramai pergi sekolah waaaa.....rindunya nak jadi budak itu balik.... p/s 1:entry rindu, n nak kasi soleh n iwan nangis.=p p/s 2:okeh,saya sedang sedih

[legasi]

Dengan namaMu Allah. aku bermula battle of sweet tooth berlangsung meriah juga penuh dengan air mata adik saya itu penuh perasaan, mudah mengalirkan air mata teresak esak dia menangis menarik keluarga tanta yang lainnya bersama sama berderaian sekali dalam hati saya tika itu hanya satu "alhamdulillah Allah, usaha kami yang sudah lama dan tua ini ada juga kesannya pada adik adik..." ini beberapa cenderamata dari calon calon exco PCT.berebut rebut semua nak, macam dapat dari artis plak tengok.hahah terima kasih ya Allah dulu setiap kali di tanya apa yang ada di tanta,saya akan mengeluarkan kata kata ini. Sehinggalah saya pernah berhenti dari mengatakannya kerana melihat keadaan semasa. namun kini, saya mahu menyebutnya semula "tanta tiada apa apa. kami tiada laut, kami tiada city star. tapi kami ada UKHUWWAH" adik adik, kalianlah penerus legasi ini UKHUWWAH DI ATAS DASAR AKIDAH~! p/s 1: hari ini hari mengundi.huhuhu p/s 2: semalam pergi ceramah di asyir. kenangan yang

[berita 4/12]

Dengan namaMu Allah, aku bermula berita 1 4/12 hari dia wan nur ain alyaa namanya baru 22 kami ke Apple's gembira dengan hadiahnya~ mereka dan makanan kami nampak sedap tak? --------------------------------------------------------------------------------------------------- berita 2 kami sedang sibuk dengan pilihan raya sekarang musim kempen jadi saya juga tidak mahu terlepas mengempen calon pilihan saya siapa pun pilihan anda, jangan lupa turun mengundi moga Allah kira sebagai amal soleh dan memberatkan timbangan kebaikan di akhirat~! mereka pilihan saya~! sebelum akhirnya mari lihat terjahan ini =)

[pemikiran]

Dengan namaMu Allah, aku bermula buatlah eksperimen uji sejauh mana pemikiran mempengaruhi corak sisi pandang kamu soalnya apa acuannya sehingga bentuk pemikiran kamu begitu? kerana didikan keluargakah? kerana pengaruh persekitarankah? kerana kata kata orangkah? atau kerana ketidak pedulian kamu dengan sekelilingkah? harapnya ia bersandarkan agama dan berdasarkan ilmu dan pengalaman bukan hanya datang dari jiwa keanak anakan~! p/s 1: "to that feeling,go away from my beloved sis. u are most welcome when the right time is coming"-my brother. he's sooooo sweet right? p/s 2:sapa nak eksperimen tuh btau saya.saya da cuba pada adik adik usrah saya.menjadi~!.heheheh

[untuk umi dan ayah]

entry ini untuk umi dan ayah kat rumah sebab akak tahu irah,syafiq dan sayuti akan buka 'rumah' ni =) akak okeh okeh,baek baek saja kat sini baru ni nak demam,tapi cepat makan ubat kerja tak banyak,tapi sikit pun tak jugak soleh baek baek saja dia tak sabar nak balik malaysia, nak buat projek. projek islah kampung. sedang fikir dan kumpul tenaga tenaga pemikir. akak minta maaf da lama tak telefon rumah jadi cerita kat sini je sekarang dekat tanta nak masuk musim pilihan raya. akak tak jadi calon pun (tak de orang nak da). akak calonkan orang laen jer. duit biasiswa tak masuk lagi.hukhuk bila la nak masuk nih.ayyo,sedih sedih. insyallah nanti akak akan telefon rumah umi ngan ayah tolong doa ke akak neh moga allah jaga sokmo, allah pandu semua gerak langkah, permudah semua urusan. huhuh p/s 1:baru lepas kena tegur dengan baba. baba kata, "awak ada masa pergi persatuan, tapi tak der masa telefon mak?"..huuuuuuu.......minta maaf umi, ayah.

[their impression]

nampak kabus?itu tandanya mereka ini bangun awal=) mereka adik adik saya kali ini ( plus seorang yang sangat sibuk memasak hari itu.hee) moga kami akan saling lengkap melengkapi first impression mereka pada saya semasa mula mula kenal dahulu "seorang yang tegas dan garang.takut woo..."- haish,bila nak lari dari imej ini "tegas,tetap pendirian" "kak aisyah macam muka budak,tapi tak sangka da 4th year"- tak pernah orang komen macam ni kat saya... "kak aisyah pandai solve problem,take things simple" "garang dan tegas"- huhu "akak seorang yang memang mengeluarkan pendapat kalau memang nak bercakap"-honestly, tak berapa faham ayat ini =) p/s 1:entry untuk update blog.heheh

[kuda liar]

Dengan namaMu Allah,aku bermula apakah mereka mempunyai sesembahan selain Allah yang menetapkan aturan agama bagi mereka yang tidak di izinkan (di redhai) Allah?dan sekiranya tidak ada ketetapan yang menunda (hukuman dari Allah) tentulah hukuman di antara mereka telah di laksanakan. dan sungguh, orang orang zalim itu akan mendapat azab yang pedih asy syura:21 selesai menonton sebuah filem. dari iran. berkisar tentang hukuman rejam banyak ketidakbenaran tentang fakta hukuman rejam itu di laksanakan saya tidak mahu mengulasnya. yang saya mahu beritahu ia menakutkan saya sangat menakutkan. saya masih terbayang bayang cara ia di laksanakan tidak sanggup untuk di ulang tonton kali kedua. untuk bercerita pada kalian juga saya tidak mampu ketakutan itulah hasil dari hukuman cara dan gaya Allah. supaya jika ada terniat, ambil iktibar dan tidak berbuat. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- p/s 1:ini entry k

[nak jadi orang jenis mana?]

(orang orang yahudi dan orang orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung kampung yang berbenteng kukuh atau di sebalik tembok. (sebabnya): permusuhan di antara sesama mereka sendiri amatlah keras, engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada merek a) al hasyr:14 "orang orang yang tak der masalah dan kerja nak buat, akan asyik duk pikir masalah dan menda kecik kecik.nak banding dengan orang yang duk dalam persatuan,banyak masalah besar yang menunggu untuk di selesaikan" -emak orang nak jadi orang jenis mana?

[17 november]

17/11 Fatimah Syahirah namanya sudah 13 tahun sejak dia dilahirkan apa yang saya mahu ceritakan tentang dia? potensi dia besar cuma masih belum terserlah masih muda, tetapi sudah menjadi rujukan kepada teman temannya (jauh berbeza dengan aku yang dahulu, semasa seusia dengannya) sejak kecil, saya pening dengan dia banyak kerenah tapi sekarang, kami sudah boleh berkongsi rahsia =) dia cantik sampai pernah masa dia mula mula nak masuk darjah 1 dulu, adik saya yang lain tak kasi dia pakai tudung. nak tunjuk dia cantik.hahaha.(terbalik betol pemikiran time tuh!) untuk irah selamat hari lahir moga dirimu tumbuh menjadi serikandi Islam, yang tegar mempertahankan agama ini bila di perlukan sudi memberi tenaga untuk dakwah dan bersedia untuk di tarbiyah ingat, kamu wanita muslimah~!

[rukun dakwah]

satu perkara yang saya benci dan paling boleh buat mood saya berubah serta merta adalah kamu bercakap dengan nada merendah rendahkan saya yerp saya banyak kekurangan, sangat mungkin niat kamu lain, untuk memangkin semangat saya untuk berbuat dengan lebih baik tapi hakikatnya cabaran yang kamu beri itu saya memang tidak berminat untuk dengar dan terima sekali pun ia benar rukun dakwah ada 4 saya lebih mahu di marah daripada di rendah rendahkan kena marah, ada masa saya bermain dengan ego tapi SETIAP KALI di rendah rendahkan, ego saya MESTI akan ada. saya bukan mahu cerita saya ini bagaimana, bukan mahu kamu tahu cara bagaimana untuk berkomunikasi dengan saya saya cuma nak cakap, saya sakit setiap kali perkara itu berlaku~!

[eid adha 1431H-1]

sekali imbas,bila tengok unta, rasa macam padang pasir. syah dan sya =) p/s 1:pagi pagi lagi da dapat berita tak best.hukhukhuk.

[jalan pahala]

Dengan namaMu Allah,aku bermula manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika di timpa malapetaka, mereka berputus asa dan hilang harapannya. dan jika Kami berikan kepadanya suatu rahmat dari Kami setelah di timpa kesusahan, pastilah dia berkata,"ini adalah hakku, dan aku tidak yakin bahawa hari kiamat itu akan terjadi. dan jika aku di kembalikan kepada tuhanku, sesungguhnya aku akan memperoleh kebaikan di sisiNya." maka sungguh, akan Kami beritahukan kepada orang orang kafir tentang apa yang telah mereka kerjakan, dan sungguh, akan Kami timpakan kepada mereka azab yang berat. dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri (dengan sombong), tetapi apabila di timpa malapetaka maka dia banyak berdoa. fussilat:49-51 di sana,pertolongan itu hanya dari Allah yang maha benar. Dialah (pemberi) pahala yang terbaik dan (pemberi) balasan terbai k al kahf:44 adikku sofwan Allah ada sesuatu untuk kamu bersabarlah nikmatnya air itu di minum selepas kamu

[guan eng]

kata ibnu taimiyah "sesungguhnya Allah taala mengekalkan sesebuah kerajaan yang adil walaupun pemerintahnya kafir dan akan menjatuhkan kerajaan yang zalim walaupun pemerintahnya muslim" long live GUAN ENG~! p/s 1: inilah ahli parlimen cina yang di penjarakan kerana membela gadis yang di rogol ahli parlimen melayu. boleh baca di sini

[seni]

soleh,iwan adik adik da besar komunikasi pon da berubah

[mencari makhluk bernama TENANG]

Dengan namaMu Allah,aku bermula sesungguhnya orang orang yang berTAKWA berada di dalam taman taman (syurga)dan mata air. mereka mengambil apa yang di berikan tuhan kepada mereka.sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang orang yang berBUAT BAIK. mereka SEDIKIT SEKALI TIDUR PADA WAKTU MALAM dan pada AKHIR MALAM MEREKA MEMOHON AMPUNAN (kepada Allah) dan pada HARTA BENDA mereka ada HAK ORANG MISKIN YANG MEMINTA DAN ORANG MISKIN YANG TIDAK MEMINTA az zariyat:15-19 ------------------------------------------------------------------------------------------------ dan sungguh, Kami telah menjelaskan berULANG ULANG kepada manusia dalam al quran ini dengan berMACAM MACAM PERUMPAMAAN tetapi kebanyakan manusia TIDAK MENYUKAINYA BAHKAN MENGINGKARI(nya) dan mereka berkata, "kami tidak akan percaya kepadamu (muhammad) sebelum engkau memancarkan mata air dari bumi untuk kami atau engkau mempunyai sebuah kebun kurma dan anggur, lalu engkau alirkan di celah celahnya sungai yang deras al

[realiti]

Dengan namaMu Allah,aku bermula katakanlah (muhammad), "apakah kamu hendak berdebat dengan kami tentang Allah, padahal Dia adalah tuhan kami dan tuhan kamu bagi kami amalan kami,bagi kamu amalan kamu, dan hanya kepadaNya kami dengan tulus mengabdikan diri" al baqarah:138 secret hamas soldier link ini tiada kaitan dengan kata Allah di atas hanya mahu kongsi realiti ini dengan kalian bahawa kita sentiasa hidup dalam dunia indah yang kita cipta sendiri

[disorder]

mengikuti round CNS hanya menambah kesedihan saya sebenarnya beberapa kali di tahan air mata untuk tidak jatuh semasa kuliyah hakikatnya berat mata yang memandang, sedikit pun tidak sama dengan bebanan yang di rasai oleh mereka yang mengalami sakit yang sedari kecil, bagaimanakah untuk di tanggung sepanjang hayat? Allah...Allah..Allah jika bukan kerana iman pada pahala, mana mungkin perit itu di telan jika bukan kerana iman pada syurga, mana mungkin keletihan itu tidak di hiraukan jika bukan kerana iman pada hari kemudian, mana mungkin sabar dan redha boleh wujud benarlah kata sheikh abul a'la al maududi keimanan pada hari kiamat itu menjadi penenang untuk hati... tenanglah aisyah~!

[pertarungan]

Dengan namaMu Allah,aku bermula dan pada hari itu diperlihatkan neraka jahannam: pada hari itu sedarlah manusia, tetapi tidak berguna lagi baginya kesedaran itu.dia berkata, "alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan (kebajikan)untuk kehidupanku ini," al balad:23-24 "wahai jiwa yang tenang! kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya" al balad:27-28 sungguh, Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah paya h al balad:4 dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan) al balad:10 maka Dia telah mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya. sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). dan sungguh rugi orang yang mengotorinya asy syams:8-10 menghadapi saat saat kritikal berperang dengan nafsu. roh yang berusaha untuk memenangi jasad tanah ini. sakit. perit. derita. iman nipis itu benteng terakhir Allah,aku beriman dengan kalamMu dan hari yang Kau janjikan~! p/s 1:terima kasih untuk abang
[ roh dan tanah ]

[my dear Farhiah]

dia paling kiri my dear Farhiah my dear Farhiah my dear Farhiah saya sayangkan awak. awak tahu? entah kenapa setiap kali kita berbicara, saya merasakan kita berbicara dengan hati saya sedih dengan kesedihan Farhiah. saya gembira dengan senyuman Farhiah. Farhiah saya sentiasa merasakan Farhiah adalah orang yang paling optimis dengan sesuatu perkara. biarlah seburuk mana keadaan, Farhiah sentiasa berjaya buat saya kembali tenang. ingat malam itu, kita ke KLCC pada malam merdeka? kaki Farhiah tersepit di celah laluan komuter. tidak boleh bergerak. saya usahakan untuk Farhiah ke sana juga. dan kita sampai. malam itu,Farhiah tidur di masjid dalam keadaan sakit.esoknya kita ke HKL. Allah sahaja yang tahu takutnya saya. mana tahu ada yang patah dan retak. mujur tiada apa apa. kenangan kita terlalu sedikit. tapi semuanya saya akan ingat. insyaallah mana mungkin saya lupakan Farhiah. budi yang saya terima, terlalu banyak. Farhiah... ujian kita masing masing berbeza.saya tidak pernah tolong apa

[padanlah...]

Dengan namaMu Allah,aku bermula subhanallah maha suciMu Allah dari berlaku zalim pada kami maha suciMu Allah dari menganiayai kami maha suciMu Allah dari berlaku kejam ke atas kami maha suciMu Allah dari tidak berperike'tuhan'an maha suciMu Allah alhamdulillah terima kasih Allah kerana DNA kami berfungsi dengan baik terima kasih Allah kerana tidak berlaku mutation dalam gene kami terima kasih Allah kerana RBC kami cukup dan berfungsi,tidak besar dan tidak kecil terima kasih Allah kerana haemoglobin kami tidak berkurang terima kasih Allah kerana Glucose-6-phosphate dehydrogenase enzyme kami masih di tahap normal terima kasih Allah kerana liver dan spleen kami berfungsi dengan baik terima kasih Allah kerana bone marrow kami tak injured terima kasih Allah kerana oncogene kami tidak aktif terima kasih Allah Allahuakbar maha besarMu Allah dengan bentuk biconcavity RBCs itu maha besarMu Allah dengan kehadiran tumour suppressor gene itu maha besarMu Allah dengan feotal and adult h

[unknown]

Dengan namaMu Allah,aku bermula dalam kelas, saya bukan jenis bertanya. walaupun tak faham. kalau tanya pun kadang kadang. tapi tadi lain doktor cerita pasal haemoglobin adult and foetal. pasal switch off and on. semasa itu, dalam hati jadi macam meronta ronta nak tanya, "macam mana boleh jadi macam itu?" tiba tiba doktor cakap, " until now,causes are unknown" mulut tiba tiba terpacul "astaghfirullah!" itu sahaja yang saya nak cerita. p/s 1:belajar rasa macam dah susah. konon pandai. padahal banyak yang tak tahu. idiopathic. ilmu ilmu kat dunia ni,campur campur semua pon, tak lebih dari 1 titis air kat laut china selatan,lautan pasifik semua tuh. 1 TITIK PON TAK LEBIH!.huk

[cara lain]*edited

Dengan namaMu Allah,aku bermula benarlah satu kata "orang yang tiada apa apa tidak boleh memberi apa apa" 1-teguran datang 2-sedang mencari halawah al iman. untuk saya berkongsi kemanisan itu dengan kalian di alam maya, juga yang berdepan depan 3-sebelum pulang ke malaysia baru baru ini, saya mengenali seorang adik. harris haziq namanya. dia ada kongsikan dengan saya satu lagu yang di gubahnya sendiri. untuk palestin katanya. jadi saya pun mahu kongsikan dengan kalian. dia sudah benarkan. tapi... saya terlupa link untuk men ' download' lagunya itu maaf ye. jadi saya pun men google ini cover yang di buatnya untuk sebuah lagu. saya pun tidak tahu lagunya apa. tapi layankan sahaja lah ya. yang penting, lihat bakatnya itu. moga boleh jadi jalan untuk membawa risalah Allah. jadi ajk ajk PCT, apa lagi, gunakan kepelbagaian dalam ahli untuk kita imarahkan bumi TANTA dengan SERUAN ISLAM~! p/s 1:kalau Mr Azyk tuh ada baca rumah ini,boleh la kalo nak kongsikan link yer~! =) p

[kegembiraan mereka]

Dengan namaMu Allah,aku bermula saya rasa saya lambat tapi saya mahu berkongsi kegembiraan mereka dengan kalian janji Allah itu pasti janji Dia itu dekat cuma bersabarlah kerana Dia mahu berikan kamu pahala dan darjat orang orang luar biasa kerana syurga itu bukan benda biasa~!

[JOM KETUK KETUK PINTU~!]

[seni hati]

p/s 1:bila hati sedang di bolak balik Dia...

[perjuangan sampan]

[pejuangkah kita?]

Dengan namaMu Allah,aku bermula mengaku sebagai pejuang? mengangkat diri sebagai penerus agenda Allah? mari lihat ciri ciri sebenar seorang MUJAHIDAH, pembawa risalah dakwah perhatikan beza yang benar dan yang berpura pura agar tidak asyik dengan anganan, lemas dalam mimpi agar tidak menjadi mereka yang mengatakan mereka itu tahu, padahal hakikatnya mereka itu jahil~! "(iaitu) orang orang yang menyampaikan risalah risalah Allah,mereka takut kepadanya dan tidak merasa takut kepada siapa pun selain kepada Allah.Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan" -ahzab:39 "sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,serta (tetap) melaksanakan solat,menunaikan zakat dan tidak takut (kepada apa pun) kecuali kepada Allah...." -taubah:18 " wahai orang orang yang beriman!mengapa apabila di katakan kepada kamu,'berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah,' kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempa

[azam baru?]

aduh rumah saya ini sudah lama di tinggalkan momentum menulis ada, cuma pada kebanyakkan waktu, ia lebih mahu menjadi rahsia hati tunggulah sedikit masa lagi,mungkin saya akan punya bingkisan untuk kalian -ayat skema konon konon ada orang menunggu untuk membaca- saya banyak ketinggalan dalam banyak aspek sedang mengejar,mahu berlari,bukan seperti dulu lagi azam baru? ini permulaan tahun ke 5 saya di bumi tanta ada beberapa perkara yang menjadi perhatian, dan moga moga ia dalam redha tuhan~! tolong jangan lupa doakan saya yerk~! p/s 1:apa azam baru kalian?

[iman]

=(( Dengan namaMu Allah,aku bermula subhanallah,maha suciMu Allah jika tiada beriman pada yaumul ad deen dan Al Malik itu, bisa jadi gila rasanya dengan iman yang secebis ini... dengan kesabaran senipis kulit bawang ini... dengan akal yang tidak mampu menjangkau perancangan Dia ini... tiada apa yang mampu lagi kecuali menggunakan senjata yang satu itu benarlah di kata orang ramai yang mahu mati demi islam tapi berapa ramai yang mahu hidup dengan iman? Allah, saksikanlah~! ................................................. saya belajar paed dan saya rasa air mata akan mengiringi sepanjang tempoh ini

[transit]

Dengan namaMu Allah,aku bermula currently at KLIA sendirian. menunggu penerbangan ke Kaherah.lagi 7 jam.tapi check in in about 4 hours from now. bumi Malaysia kali ini di tinggalkan dengan penuh debaran,setakat ini hanya sedikit rasa sedih debar dengan janji yang di buat pada diri debar dengan masalah yang belum selesai debar dengan situasi tempat yang mahu dituju apa apa pun,saya hanya mohon yang terbaik dari Dia benarlah kata orang kita mohon kekuatan,Allah berikan cabaran kita minta peneman,Allah berikan kita kawan ... mood untuk bercerita hilang entah kenapa tidak mengapalah,mungkin bukan masanya mungkin juga bukan untuk di cerita,kerana ia perlu jadi rahsia hanya minta doa kalian semoga saya menjadi insan yang lebih baik p/s 1:bila tidak tahu perasaan sendiri,inilah jadinya.tajuk ke mana,isi ke mana,fikiran ke mana.terimalah seadanya.ya?huhu p/s 2:biarlah,aku sudah biasa begini.

[mencari hikmah,sabar dan redha]

rupa rupanya jodoh saya dengan UPM masih kuat setiap tahun balik,pasti ada sebab dan situasi yang menuntut saya ke sana. tahun ini dengan sebab yang tidak di sangka sangka perjalanan yang penuh dengan keresahan,debar dan ketakutan di awalnya namun pada masa yang sama,Allah berikan masa untuk saya memuhasabah kembali diri,peluang membaja ukhuwah terdahulu,membina rantaian adik adik baru,dan seribu satu hikmah yang pasti,akal yang bodoh ini tidak mampu untuk berfikir insyaallah saya akan kongsi dengan kalian selepas ini cuma saya mahu kongsikan dengan kalian kata kata seorang sahabat saya.farhiah namanya kata dia dengan ujian yang Allah beri pada saya ini jika kita pandang negatif,semuanya jadi buruk jika kita pandang positif,semuanya jadi baik jika kita buat tidak tahu,kita tidak dapat apa apa pilihlah corak pandangan kamu~! p/s 1:perang media sudah bermula,untuk pilihanraya galas.strategi politik bn xpernah berubah.hadoih.statik~!

[usmb,ini untuk kalian]

ini sedikit kandungan dan huraian untuk ayat 9 dan 10 surah al hasyr, dari tafsir Al Azhar karangan Prof Dr HAMKA. menurut satu riwayat dari Ibnu Abbas, bahawa nabi SAW setelah berkata kaum Ansar itu," kalau kamu suka,bolehkah kamu bagi bagikan untuk saudaramu kaum muhajirin itu rumah rumah kediaman dan harta benda kamu,aku bagikan kepada kamu harta rampasan itu sebagaimana telah aku bagikan kepada mereka,dan jika kamu kehendaki untuk mereka harta rampasan dan untuk kamu rumah rumah kamu dan harta benda kamu?" lalu mereka menjawab. " kami tidak mahu begitu?mahu kami ialah MENYERAHKAN SEBAHAGIAN RUMAH KAMI DAN HARTA KAMI KEPADA MEREKA DAN HARTA RAMPASAN ITU BIARLAH MEREKA SAJA YANG MENERIMANYA,KAMI TIDAK USAH!" pernah pula rasulullah SAW berkata kepada orang ansar (menurut riwayat abdurrahman bin zaid bin aslam), " saudara saudara, mereka telah meninggalkan harta benda mereka dan anak anak mereka dan datang menumpang kepada kalian ."maka menjawab orang ora

[edisi suhail]

iwan: jangan risau, Allah ada. kita kan ada iman? soleh: ai,tak nak telefon rumah ke?mentang mentang senang hati da dapat kelulusan.kuang2~ p/s 1:nanti aku wat edisi syaukani plak.ngeh2~~~

[jumpa?]

levy cakap agak agak maarad kutub akan datang ada tak buku nih? nak cari. kalau ada siapa siapa yang da jumpa,beritahu saya yerk~!

[kata mereka]

saya suka sangat kata kata ini tuhan mengubah perasaan anda dari satu perasaan kepada perasaan yang lain dan mengajar anda dengan memahami sesuatu yang bertentangan, supaya anda mempunyai dua sayap untuk terbang-bukannya satu- jalaluddin ar rumi kata Mary O'Connor yang penting bukanlah kesibukan kamu. tetapi apa yang membuatkan kamu sibuk. lebah di puji,nyamuk di keji. kata seseorang batu granit yang menjadi penghalang di laluan orang lemah adalah batu loncatan di laluan orang kuat kata orang Rusia kamu tidak boleh membina dinding dengan sebiji batu sahaja kata Ryunosuke Satoro sendiri,kita hanyalah setitis air. bersama sama,kita menjadi lautan yang luas dan ini dari dia =) saya tidak peduli dalam keadaan apa pun saya bangun di pagi hari-baik atau buruk.kerana saya tidak tahu apa yang baik untuk saya,dan apa yang tidak baik- umar al khattab p/s 1:semua ini dari buku HIDUP BUKAN RAHSIA.yang saya tulis dalam entry sebelum ini

[perasan tak?]

sebelum apa apa,mari baca dua di bawah ini cabaran penuntut perubatan di mesir kisah saya dan jururawat saya suka sekali kisah dia dan jururawat itu okeh,point utama saya adalah tentang ini perasan tak,kalau kita tonton tv atau filem,banyak mesej yang di bawa secara tidak langsung nak lawan hadis atau kata kata Allah.perasan tak? contoh 1:filem spiderman .kuasa dia adalah dengan dia pancutkan sarang putih dia dari tangan. right ?kuatnya sarang dia tuh...tapi,Allah kata,rumah paling lemah atas dunia nih,sarang labah labah.... contoh 2: kartun kartun kalau pasal kucing,mesti dia nak cakap kucing tuh jahat.macam tom and jerry,dog and cat ....tapi,kan nabi sayang kucing? contoh 3:cerita cinta indonesia atau melayu(macam sepi),kalau perempuan tuh da bertunang or kawen,kekasih dia mesti suh mintak cerai la.apa la.tapi watak tuh di buat seolah olah,itulah cinta sejati....sedangkan,nabi kata,haram pinang perempuan yang da dalam pinangan orang. antum rasa perkara tuh kebetulan je ker? entah sa

[benar]

untuk sahabat saya VO tiada apa apa yang aku boleh berikan pada kamu dengan sejauh ini jarak kita hanya aku nukilkan kembali kata kata Allah yang Dia turunkan untuk semua,tapi aku tujukan khas untuk kamu terimalah "wahai manusia! Sungguh, janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia itu memperdayakan kamu dan janganlah (syaitan) yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah" fatir:5 maha benar kata Dia p/s 1:entry ini khas untuk dia.saya kongsikan di sini,dan bukan di rumahnya agar yang lain beroleh hikmahnya juga.mungkin bukan yang sama,tapi sumbernya dari Allah=)

[sifu]

membaca buku ini memberi saya rasa,inilah salah seorang sifu saya.dalam rangka meneruskan "pencarian hikmah" ini. banyak pengajaran yang di ambil oleh penulis,dari pelbagai sumber. itulah hikmah yang sebenar benarnya. insyaallah saya akan berkongsi beberapa dengan kalian.selebihnya,kalian perlu baca sendiri buku ini. p/s 1:ada seseorang yang saya mahu bagi homework.base on buku ini. =)

[raya raya raya]

raya hari 2 sebelum jalan raya umi dan ayah,juga adik pengantin rombongan pengantin lelaki.paling kanan,mak saudara paling 'vogue'....(dia yang mengaku.ngeh2~~) sepupu sepapat raya hari 3 suasana di rumah wan mereka lagi lagi esoknya,balik.singgah makan dulu. gambar gambar ini untuk iwan dan soleh.sori lambat.baru balik.huhuhu p/s 1:sudah lama tidak mengulas tentang isu isu semasa.rindu.tunggu la,ambil mood.insyaallah=)