Zaman saya menulis untuk pengajian master dulu, saya pernah persoalkan, kenapa dalam tesis, kami tak boleh copy paste bulat bulat apa yang kami baca dan combine all together untuk jadikan penulisan kami.
Kenapa tulisan tulisan itu mesti dibuat parafrasa atau konklusi kami sendiri semuanya.
Apa yang saya diberitahu adalah kerana tidak mahu ada isu plagiarism oleh pelajar. Juga, konklusi dari kita bermakna kita memahami apa yang sedang dibincangkan oleh pakar pakar dan orang orang terdahulu.
Tetapi bagi saya, perkara itu adalah tidak wajar. Dan tidak beretika.
Sebabnya, saya sebagai pelajar setahun jagung dan tidak masak ini, belum tentu memahami dengan sebenar benarnya apa yang diperkatakan oleh mereka.
Bagaimana mungkin saya ubah ayat tersebut, jadikan ayat saya dan buat rumusan sendiri. Rumusan itu sudah pasti berisiko untuk menyimpang dari apa yang sebenarnya mereka mahu maksudkan.
Saya melihat tradisi keilmuan Islam yang menjaga ketulenan ayat Al Quran dan Hadis itu adalah sebaik baik cara dalam bidang penulisan akademik.
Para ulama tidak boleh mengubah walau satu perkataan pun yang terdapat di dalamnya. Bahkan susunan perkataan itu juga mesti kekal seperti mana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW sejak 1400 tahun yang lalu.
Selepas itu, barulah ulama boleh mencuba membuat tafsiran mereka sendiri. Dengan pengetahuan tatabahasa dan sebagainya.
Disebabkan itulah tafsir itu terlalu banyak jumlahnya. Ia berbeza beza.
Semasa itu, saya tiada jawapan konkrit kenapa saya berfikiran begitu.
Baru hari ini, saya temukan jawapannya.
Comments
Post a Comment