Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

30 April 2020: Boikot Bodyshop

Kalau korang adalah pengguna barangan Body Shop, boleh dah stop guna ya. Kalau korang dah lama bersahabat dengan saya di Fb, korang akan tahu saya tak pernah berkompromi dengan gerakan LGBTQ ni. Mereka membuat perancangan tersusun dan perlahan lahan menzahirkan sokongan dan pendirian mereka dengan ajaran sesat ini. Sepertimana saya boikot Starbucks kerana isu ini, mulai hari ini saya juga akan boikot Body Shop. Sebab saya tak nak berada di tahap selemah lemah iman seperti mana kata Rasulullah SAW-- مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ Moga Allah nilai pemboikotan saya ini sebagai jihad.

4 April 2020: PKP dan Akhirat

Bila terkurung lama di satu tempat ini barulah kita paham maksud betapa nikmat dunia ini tidak kekal. Nak cuti lama lama sebab tak larat kerja? Nah. Cuti 18 hari pon dah bosan. Nak PKP kat kampung sebab duduk sorang sorang itu bosan? Cuba tanya yang tengah PKP di kampung, nak balik rumah sendiri ke tidak. Oklah tu PKP lama sikit, boleh masak hari hari? Baru seminggu PKP pun dah muak makan masakan sendiri. Begitulah ya tuan tuan. Gambaran nikmat dunia. Sifatnya tidak kekal. Sementara cuma sedapnya. Tidak seperti syurga dan balasan akhirat. Ianya KHAIRUN. WA ABQA. Nikmatnya itu nikmat yang lebih baik, lebih besar. Dan nikmat itu kekal nikmat untuk dinikmati selama lamanya.

20 Mac 2020: Tadabbur Quran dan Covid-19

  MasyaAllah Tabarakallah. It is interesting that in the time we are being tested with this disastrous situation, government took initiative untuk membuat tadabbur surah Al Quran tentang bagaimana nak menghadapi semua ini. Tetapi, bukannya tadabbur surah untuk bersabar. Bukannya tadabbur surah untuk duduk dalam saf bersama sama bekerjasama dengan kerajaan. Tetapi kerajaan memilih untuk melakukan tadabbur surah Ar Rahman. Surah tentang nikmat nikmat Allah. Tentang sifat Allah yang penyayang. Tentang nikmat nikmat syurga. Tentang balasan baik kepada mereka yang buat baik. The best way to shift people's minds dari berfikir tentang yang negatif kepada positif. Untuk menjaga kesihatan mental rakyat. Bahawa Allah melihat apa semua yang berlaku ini. Dan sebenarnya masih banyak lagi nikmat Allah yang kita terlupa nak syukuri. Insyaallah. Ma qaddarallah, kheir. Apa yang datang dari Allah itu baik baik sahaja. Dan kita mesti kekal husnuzon dan positif. Terima kasih, kerajaan!

11 Mac 2020: Mulut berzikir tetapi hati lalai?

  "bukan saya tak nak berzikir. Tapi hati saya duk teringat benda lain. Saya tak nak jadi hipokrit." Al jawabnya--

9 Mac 2020: Women Empowerment & Same-Dress-Issue

  I found it irony when women want to be empowered and celebrating their days whatsoever, but cant seem to be free from same-dress issue. I mean, why is that even an issue? How does that effect your work productivity? Luckily i NEVER have anyone pointed that out to me. If so, I'll just rub these words off to their faces-- "Your brain is with your cloth, is it? Cant be use more than once." Regards, From someone who repeated the same old hijabs and clothes from 5-10years ago. Happy International Women's day, ladies!

2 Februari 2020: Tafsir Surah Favourite, Surah Al Fajr

  Tadi, saya dengar satu ceramah ust Nouman Ali Khan. Kata dia, kenapa di akhir surah Al Fajr, Allah sebut "masuklah ke dalam kalangan hamba hambaKu" dahulu, barulah Dia sebut "dan masuklah ke dalam syurgaKu"? Kan pelik tu. Kita, kalau nak jumpa doktor, kita akan cakap, pergi hospital dan klinik, kat sana jumpalah ahlinya. Kalau nak jumpa lawyer, pergilah firm atau mahkamah, akan jumpa ahlinya. Kita akan sebut tempat dulu, barulah orangnya. Tapi Allah tidak. Dia sebut orangnya dulu, baru tempat. Ust Nouman cakap, Allah nak beritahu, kat dunia ni pun, kita boleh masuk tempat yang seakan akan syurga. Di mana? Di kalangan mereka yang tunduk, yang mengakui mereka hamba. Carilah mereka di tempat tempat mereka, maka akan kamu temukan syurga dunia. يٰأَيَّتُهَا النَّفسُ المُطمَئِنَّةُ ارجِعي إِلىٰ رَبِّكِ راضِيَةً مَّرضِيَّةً فَادخُلي في عِبٰدي وَادخُلي جَنَّتي

3 Februari 2020: Hikmah?

  Orang buat mungkar terang terang, tengah siang, bangga lagi dengan kemungkaran dia, siap update post, live bagai. Pastu bila kita tegur depan depan, depa kata, takdak hikmah. Nasib lah 'Umar Al Khattab tak dak zaman ni. Kalau tak, depa ni kena penggal kepala je terus. Ni nak habaq mai. Takdak hikmah tu, kalau orang tu memang dari awal sembunyi dosa dia, tutup rapat rapat, buat waktu malam, jauh dari orang. Pastu hampa p bukak aib dia Haaa. Tu betoi la takdak hikmah. Ini, satu dunia boleh tengok. Boleh nampak. Pastu hang p marah orang yang tegur. Baiklah hang suruh kami kami ni p korek mata jadi buta teruih. Senang. Amende la. Pahtu aku pon tak tau kenapa aku cakap kedah la ni. Kah kah.

24 Januari 2020: Nasihat bermakna

  Hari ini, saya dengar satu nasihat yang sangat bermakna dari Prof Muhaya. Sangat bermakna sampaikan saya rasa kalian perlu dan WAJIB tahu. Ia nasihat untuk yang sudah, dan bakal berkahwin. Kata Prof-- "Suami yang dihormati itu akan menyayangi. Dan isteri yang disayangi itu akan menghormati." Titik. Tiada ulasan yang perlu saya berikan. It speaks by itself. A powerful one.

28 Oktober 2019: Kebodohan yang terserlah

  Inilah salah satu contoh kebodohan yang paling bodoh yang pernah manusia buat bila mengikut nafsu. Sebab nak terima sangat geng LGBTQ ni, dan tak nak mereka kecik hati, lelaki macam sajat ni diterima bertanding dalam kategori wanita. Stupidest ever. Lelaki itu, walaupun dia nak jadi perempuan, badan dia PHYSICALLY, PHYSIOLOGICALLY dan ANATOMICALLY adalah lelaki. Otot dia lagi sasa. Tulang dia lagi besar dan berat. Tenaga dia lagi kuat. Pastu kau bagi dia bertanding dalam kategori wanita, kononnya sebab sekarang dia perempuan, lepas tu dia menang dan kau kata benda ni breaking news. Bodoh. Serius bodoh. Aku malas la nak tulis benda ni dengan ilmiah. Sebab kalau tulis ilmiah pun, bukan kau orang semua nak terima. Sebab yang kau nak, masyarakat terima apa sahaja yang kau nak buat dan tak boleh larang apa je yang kemaluan kau nak lakukan. Kan? Bodoh lah. Bodoh.

19 Oktober 2019: Perbezaan Penulisan Tradisi Islami dan Barat

Zaman saya menulis untuk pengajian master dulu, saya pernah persoalkan, kenapa dalam tesis, kami tak boleh copy paste bulat bulat apa yang kami baca dan combine all together untuk jadikan penulisan kami. Kenapa tulisan tulisan itu mesti dibuat parafrasa atau konklusi kami sendiri semuanya. Apa yang saya diberitahu adalah kerana tidak mahu ada isu plagiarism oleh pelajar. Juga, konklusi dari kita bermakna kita memahami apa yang sedang dibincangkan oleh pakar pakar dan orang orang terdahulu. Tetapi bagi saya, perkara itu adalah tidak wajar. Dan tidak beretika. Sebabnya, saya sebagai pelajar setahun jagung dan tidak masak ini, belum tentu memahami dengan sebenar benarnya apa yang diperkatakan oleh mereka. Bagaimana mungkin saya ubah ayat tersebut, jadikan ayat saya dan buat rumusan sendiri. Rumusan itu sudah pasti berisiko untuk menyimpang dari apa yang sebenarnya mereka mahu maksudkan. Saya melihat tradisi keilmuan Islam yang menjaga ketulenan ayat Al Quran dan Hadis itu adalah sebaik ba...