Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

SALAH BERDOA?

Tadi, saya terdengar satu benda yang buat saya sangat sentap dan tersentak daripada radio IKIM. Ustad yang bagi ceramah tu cakap, manusia ni kebanyakannya silap berdoa bila menerima ujian. Ramai dari kita, bila Allah duga dengan sesuatu, doa doa kita yang pertama tamanya selalunya berbunyi, "Ya Allah. Permudahkan urusanku." Betul kan? Saya pun macam tu. Bila tayar kereta saya pecah semasa memandu sendirian di lebuh raya tahun 2016 dulu, perkara yang saya terfikir awal awal adalah, "Ya Allah. Bagilah ada sesiapa berhenti untuk tolong aku tukar tayar ni." Ye lah. Kita perempuan. Memang ayah dah ajar cara tukar tayar. Tapi lupa sebab tak pernah buat kan. Tepi lebuh raya lagi. Dengan pakai baju kurung. Susahnya rasa masa tu. Sorang sorang lagi. Memang nak menangis. Tapi tahankan aje. Tapi rupanya, ustad kata, doa itu doa yang silap. Cuba tengok kisah nabi Musa, bila mana Allah perintahkan baginda bertemu dengan Firaun (Taha:24). Ba...

Otak Mereng

Otak mereng. Bengong. Bila kau cuba lawan hati guna otak. Bila kau cuba menidakkan perasaan bodoh yang tengah bersarang. Perasaan yang tak patut ada dalam hati. Perasaan yang tak patut singgah pon sebenarnya. Itulah jadinya. Bila kau cuba rasional. Bila kau cuba tak jadi emosional. Ya Allah. Ketahuilah. Aku berusaha memenangkan iman dari nafsu. Aku berusaha berjuang melawan syahwatku sendiri. Bantulah aku. Pimpinlah aku. Menentang diriku sendiri. Kerana itulah sebenar benar perlawanan. Kerana itulah sedahsyat dahsyat pertarungan.