Skip to main content

[3]

siri mengenal COMPANION OF RASULULLAH

apa perlunya mengenal orang orang yang tiada di depan mata ini?semasa kecil dulu,umi selalu ulang beberapa ayat pada kami adik beradik.antara yang saya ingat,umi kata "debu yang ada pada bulu hidung unta muawiyah itu lebih baik dari 'umar abdul aziz".umi tidak pernah terangkan apa maksud di sebaliknya.tapi akhirnya saya tahu,dalam kata kata itu.

jadi,saya mahu berkongsi dengan kalian apa yang sahabat saya kongsikan dengan saya

MUS'AB IBN 'UMAYR

1-sebelum pengislaman beliau,dia adalah antara pemuda yang paling kacak,kaya dan paling di gila gilakan oleh para akhawat zaman itu.apa yang saya baru tahu,sahabat saya katakan yang dia ini hampir iras dengan rasulullah

2-islamnya dia mengecewakan hati si ibu.hingga ibu itu bersumpah untuk tidak makan dan minum sehingga dia kembali kufur.jiwa yang baru di suluh cahaya allah itu menjawab dengan penuh gah,"jika ibu punya 100 nyawa dan di cabut tiap satunya,islam ini tidak akan pernah saya tinggalkan"

3-sebelum hijrah ke madinah,dia diberi amanah oleh rasul untuk memperkenalkan islam dan mencari jiwa jiwa besar di sana.tiada satu rumah yang tidak dikunjungi.amanah yang diberi,dipikul sebaik mungkin hingga terhasilnya baiah 1 dan 2 sebelum hijrah.apa yang diceritakan oleh beliau hingga sebegitu rupa sambutan ahli negara madinah terhadap si rasul itu?sudah tentu ianya diceritakan dengan keyakinan bukan?hingga rasul,seorang asing itu di angkat menjadi yang paling tinggi di kalangan mereka.menjadi pemerintah negara!

4*-diceritakan,betapa kayanya si mus'ab,dia punya minyak wangi khusus untuk diri.hingga jika jalan yang dilalui boleh di kesan dengan tanda wangian itu.namun,semuanya di tinggalkan untuk islam.saat kematiannya,kain untuk membalut tubuh mulia itu tidak mencukupi.ditutup kepala,kakinya tersingkap.di tutup di kaki,kepalanya terbujur.hingga akhirnya di tutup kaki itu dengan daun daun kering.

hebat dia bukan?menukar dunia,dengan memilih syurga.

allah,di manakah diri ini?
melukut di tepi?
hingga di pandangMu sipi sipi?
atau tiada langsung ruang untuk mengisi?

p/s 1:dari sahabat saya.VO.saya hanya menambah di permulaan dan di akhirnya

Comments