Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

[dia]

mula diceritakan kehebatan dia oleh sahabat saya amani sebelum sebelum itu,memang sudah mengikuti ceramah dan kuliyah dari dia cuma kali ini,mahu perkenalkan dia pada kalian yang sudah mengenali,boleh la lebih mencintai dia =) kerana tidak mahu terlepas peluang memperoleh saham untung pahala tanpa perlu bersusah payah MLM cara islam =) inilah si dia NOUMAN ALI KHAN untuk yang baru mengenali dia mari saya perkenalkan dengan satu video dari dia moga jatuh cinta~!

[semangat dan ilmiah]*edited

status:s udah habis di baca* konklusi awal: 1-saya berada di bab yang ke 4.namun,semangat kuasa pendesak yang di bawa oleh penulis sudah berjaya untuk meresap dalam diri. 2-buku ini memberi gambaran kepada mahasiswa bahawa kamu bukan orang biasa biasa,jika potensi dan kuasa yang ada di guna semaksima mungkin 3-penuh dengan fakta.penulis membawa pembaca kepada sejarah seawal dekad 60an yang gerakan semasa itu berfahaman sosialis 4-kepada mereka yang mahu mengetahui sejarah gerakan mahasiswa,saya cadangkan buku ini untuk gambaran awal 5-owh,ia penuh dengan semangat~! 6-baru terasa rugi.buku ini sudah di beli tahun lepas,tapi tahun ini baru di baca.huhu *7-ada sesiapa yang mahu pinjam?kalau ya,saya bawa balik mesir nanti =) status:sedang di baca konklusi awal: 1-buku ini mula di baca tahun lepas,tapi belum habis habis.hukhuk 2-antara buku yang dibeli di atas label "pengkajian manusia" 3-maaf,saya bukan mahu skeptikal.tapi konflik dalam diri Ross banyak berlaku bila datang isu wa

[promosi maksiat~!]

melihat rancangan rancangan yang disediakan sepanjang bulan 8 dan 9 ini di malaysia,menimbulkan rasa sakit di hati promosi maksiat di buat tanpa segan dan silu malah penuh dengan rasa bangga owh,saya tidak akan letakkan link di rumah saya ini kerana tidak mahu berkongsi menyebarkan carilah sendiri jika mahu tahu p/s 1:ada beberapa buku yang saya mahu kongsi dengan kalian.insyaallah saya masukkan beberapa waktu nanti

[pulang...]

tidak tahu kenapa beberapa hari sebelum pulang ke malaysia,yang terbayang dalam kepala adalah kematian membayangkan ini kali terakhir saya berjumpa sahabat sahabat tanta dan keluarga di malaysia sakit sekali rasa itu pantas doa di panjatkan,moga ini bukan terakhir kalinya kerana masih banyak dosa yang terpalit,masih kurang pahala dan redha dalam genggaman sepanjang perjalanan menaiki tremco,kapal terbang dan bas,antara yang saya pinta "pertemukan aku dengan keluarga dan sahabatku kembali..." alhamdulillah,Allah masih berikan peluang untuk saya cari maghfirah di hujung pertengahan ramadhan ini moga masa yang belum tiba untuk si izrail melakukan kerjanya,saya manfaatkan sepenuhnya ------------------------------------------------------------------------------------------------- okeh. tamat. mari lihat gambar ini yang tidak balik tetapi menemani di sana.pesanan dia,itu bukan gitar dia.=).pimpinan perlu lari dari fitnah.apa yang orang biasa boleh buat,kadang kadang menjadi tidak u

[mereka]

entry ini untuk mereka.khususnya yang bakal menjadi pemimpin dan nakhoda rumah tangga abang najib memori paling best dengan dia,aiskrim~!bleh plak dia sengih2 bila ada orang belanja.dan malam itu,rasanya a.najib berhujan pulang ke upsi dari um.huhu. kak radhiah kami punya satu rahsia bersama.disebabkan mahu melindungi saya,dia pernah di ugut pukul. kesian kak rad.maafkan saya akak~! eh,jangan silap.abg najib bukan dengan kak rad. abg najib dengan kawan saya,kak rad dengan seorang laki,yang saya tidak kenal,tapi saya mahu kenal dia~! ini adik2 saya,batch IKHWANUDDAKWAH aka ID mereka ini orang hebat hebat ,segan saya.yang seorang itu pengasas persatuan islam di tempat belajarnya.aduh,malu~! ini,sahabat saya sampai mati,sampai syurga,LAUZAIE' saya punya memori indah dengan mereka,salah seorangnya sudah berada di yaman. ini pula abang abang dan akak akak saya,HEGEMONI aka HEGE yang sudah punya isteri dan suami,abg shark,kak nini dan akak.abg najib dan abg dzul menanti syawal ini.=).y

[Allah kata...]

31:dan MILIK Allahlah apa yang ada di LANGIT dan apa yang ada di BUMI.(dengan demikian) Dia akan memberi balasan kepada orang orang yang berbuat JAHAT sesuai dengan apa yang mereka kerjakan dan Dia akan memberi balasan kepada orang orang yang berbuat BAIK dengan pahala yang LEBIH BAIK (syurga) 32:(iaitu) mereka yang MENJAUHI DOSA DOSA BESAR DAN PERBUATAN KEJI,kecuali kesalahan kesalahan KECIL.sungguh,tuhanmu MAHA LUAS AMPUNANNYA.Dia mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari TANAH lalu ketika kamu masih JANIN dalam perut ibumu.maka janganlah kamu menganggap dirimu SUCI.Dia mengetahui tentang orang orang yang bertaqwa. 42:dan sesungguhnya kepada tuhanmulah KESUDAHANNYA (segala sesuatu) 43:dan sesungguhnya dialah yang menjadikan orang TERTAWA dan MENANGIS an najm Allah,ubatilah ia~! kerana ia milik Kamu~!

[tika ini...]

beratnya rasa yang ada sakitnya ia di pendam Allah,permudahkan semuanya~! kerana aku tiada apa tanpa engkau.

[kemenangan serupa ini]

48:dan di sisi mereka ada (bidadari bidadari) yang bermata indah,dan membatasi pandangannya 49:seakan akan mereka adalah telur yang tersimpan dengan baik 50:lalu mereka berhadap hadapan satu sama lain sambil bercakap cakap 51:berkatalah salah seorang di antara mereka,"sesungguhnya aku dahulu (di dunia) pernah mempunyai seorang TEMAN, 52:yang berkata,"apakah sesungguhnya kamu termasuk orang orang yang membenarkan (hari berbangkit)?" 53:apabila kita telah mati dan telah menjadi tanah dan tulang belulang,apakah kita benar benar (akan dibangkitkan)untuk di beri pembalasan?" 54:dia berkata,"mahukah kamu meninjau (temanku itu)?" 55:maka dia meninjaunya,lalu dia melihat (teman)nya itu di tengah tengah neraka yang menyala nyala 56:dia berkata,"demi Allah,ENGKAU HAMPIR SAHAJA MENCELAKAKANKU 57:dan sekiranya bukan kerana RAHMAT tuhanku pastilah aku termasuk orang orang yang diseret (ke neraka)" 58:maka apakah kita TIDAK AKAN MATI? 59:kecuali kematian kita

[dajjal]

mahu mengenali dajjal ? sila tonton hingga akhir,moga iman kita meningkat,amal juga bertambah mari,kenal musuh supaya kita tahu mana satu antara 2 al masih~! see? politik dunia itu memang perlu kamu kaji. dengan panduan quran dan sunnah bukan buat buat pandai,tahu semuanya. terima kasih faten dan amani~!

[5]

KISAH UHUD fakta tentang peristiwa besar ini 1-perang ini susulan dari peperangan badar yang membuah dendam pada musyrikin. 2-kata masyhur rasul-yang selalu di ulang oleh umi pada saya-dalam perang ini,"tidaklah layak seorang nabi itu membuang pakaian perang selepas dipakainya" 3-ubai bin khalaf,orang pertama yang dibunuh oleh rasulullah,dan dibunuh dalam perang ini 4-saat teriakkan mengatakan bahawa rasul sudah wafat dibunuh,luruh hati dan semangat tiga sahabat besar abu bakar,'umar dan ali.namun,kata anas bin nadhir,"kenapa kamu kecewa jika benar rasul sudah wafat?jadi apa guna hidup ini bagi kamu?ayuh,mari bunuh mereka hingga kita mengikuti baginda!"dan inilah sahabat yang mengotakan katanya.hingga jasadnya tidak dikenal sahabat yang lain kecuali oleh saudara perempuannya. 5-panji panji kaum muslimin di pegang oleh hamzah,kemudian mus'ab bin 'umair,kemudian ali. 6-melihat Hamzah yang dicincang lumat oleh hindun.terkeluar dari hati yang kesedihan yang

[4]

1:mahasiswa keluaran universiti ramadhan ini sepatutnya mendapat taraf TAQWA. 2:syurga yang luasnya seluas langit dan bumi itu hanya untuk manusia ber' title' TAQWA ali 'imran:133 3:graduan taqwa itu punya ciri ciri yang membezakan dengan selainnya. -mereka berinfak,dalam senang,malah bila susah -mereka orang yang menahan marah -mereka orang yang memaafkan kesalahan manusia lain -mereka juga yang apabila melakukan kesalahan dan yang keji,segera mengingati Allah.memohon keampunan dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu. ali 'imran:134 mengimpi syurga tidak sesusah berusaha untuk memasukinya membenci neraka tidak pernah serupa perbuatan kamu ingin mendekatinya cintakan rasul tidaklah dengan memusuhi sunnahnya kasihkan Allah bukan dengan mengisytihar perang dengan kekasihnya nilailah diri.sejauh mana perbuatanmu mengiakan hati nurani itu~ p/s 1:isi kali ini dari sahabat saya,najwa.di akhir itu hanya tambahan penyedap rasa~

[3]

siri mengenal COMPANION OF RASULULLAH apa perlunya mengenal orang orang yang tiada di depan mata ini?semasa kecil dulu,umi selalu ulang beberapa ayat pada kami adik beradik.antara yang saya ingat,umi kata "debu yang ada pada bulu hidung unta muawiyah itu lebih baik dari 'umar abdul aziz".umi tidak pernah terangkan apa maksud di sebaliknya.tapi akhirnya saya tahu,dalam kata kata itu. jadi,saya mahu berkongsi dengan kalian apa yang sahabat saya kongsikan dengan saya MUS'AB IBN 'UMAYR 1-sebelum pengislaman beliau,dia adalah antara pemuda yang paling kacak,kaya dan paling di gila gilakan oleh para akhawat zaman itu.apa yang saya baru tahu,sahabat saya katakan yang dia ini hampir iras dengan rasulullah 2-islamnya dia mengecewakan hati si ibu.hingga ibu itu bersumpah untuk tidak makan dan minum sehingga dia kembali kufur.jiwa yang baru di suluh cahaya allah itu menjawab dengan penuh gah,"jika ibu punya 100 nyawa dan di cabut tiap satunya,islam ini tidak akan pernah

[2]

rindu yang ada masih belum surut sakit yang berbaki masih tiada penawar cuma terkadang,ia dibius dengan ingatan pada tuhan namun,sisanya masih lagi menyakitkan meneliti kembali pesanan di peti masuk emel yang sengaja disimpan untuk di tatap pada masa masa seperti ini,saya jadi teringat pada diri saya yang dahulu. pada ilmu yang diberi pada didikan yang di curahi pada kasih yang di nanti pada ukhuwwah yang bersemi pada talian yang mengikati pada titis air mata yang pernah gugur pada titis peluh yang pernah jatuh pada kerut muka sedih itu pada keruh muka kecewa itu pada dingin muka tegas itu pada jernih muka mengharap itu pada seri muka gembira itu betapa semua itu menggamit rindu semua ini kesakitan untuk saya

[1]

kali ini saya menyambutnya dengan rasa pilu,rasa kesedihan,rasa hiba semuanya kerana memori silam yang terimbau kembali semuanya kerana kasih dan sayang yang sakit terpendam di lubuk hati rasa yang tidak pernah diminta namun yang sentiasa di jaga dan di subur bila rasa ini kembali sudahnya saya memasuki daerah sendiri mahu jauh membawa diri Allah,aku mohon dengan sifat rahman dan rahimMu itu~!

[ketibaan]

Dengan namaMu Allah,aku bermula kekasih yang di tunggu tiba jua akhirnya alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah aku bertemumu lagi wahai kekasih dengan ketentuan Dia pertemuan kali ini di tanah tinggalan Musa MARHABAN YA RAMADHAN! kami sudah lama menunggumu wahai penghulu bulan ........................................................................................................................................................................ entah kenapa hati ini penuh hiba dan sayu kerana cintakah ia atau rindu? aku sendiri tidak tahu aku mahu kembali padaMu tuhan terimalah aku,hamba yang penuh noda pandanglah aku,jangan palingkan wajahMu yang penuh kemuliaan kerana ia ketenangan buat hati juga jiwa. p/s 1:hati kesakitan.moga ramadhan mampu menyembuhkan.

[perkara biasakah?]

Dengan namaMu Allah,aku bermula berita 1: polis tahan 4 warga asing disyaki membunuh berita 2: duit loteri habis,petani bakar diri berita 3: keluarga VK Lingam tawar RM50k maklumat pembunuh adik berita 4: warga emas mati kereta terbakar berita 5: jurufoto sambilan ditahan reman kes wanita jatuh kondo berita 6: penunggang maut berita 7: warga myanmar tetak rakan hingga mati berita 8: mayat budak hanyut ditemui berita 9: mati dalam telaga berita 10: meninggal bagai pahlawan berita 11: humban mayat ke laut ketepikan isu yang ia memang ajal mereka cuma telitikan cara mereka menemui titik akhir hidup hampir separuh isunya,adalah kerana DI BUNUH eh tolong jangan silap faham ini bukan amerika yang kadar jenayah bunuh dikira dengan minit dan saat ini malaysia yang pemimpinnya orang islam cuma undang undangnya sahaja masih lagi berkiblatkan barat mahu tunggu sampai bila baru mahu dilaksanakan hukuman itu? patutlah kalau umi makin tidak bagi saya keluar rumah mengembara di malaysia.

[mana mungkin]

Dengan namaMu Allah,aku bermula .......................................................... rupa rupanya Allah,rasa itu masih ada selama ini aku sangkakan ianya sudah terkubur padahal,mana mungkin bagi aku untuk menghilangkannya walhal,tiada daya aku untuk melupakan satu saat itulah penguat saat yang lain itu juga pelemah jika hati ini mesti ada ruang untuk selain Allah,rasul dan keluarga sudah tentu ia untuk dia along... esyah lemah untuk ke sekian kalinya... along tahukan, bagaimana esyah pernah kalah dan lemah dengan ini? saat rasa itu bertamu, mata ini tidak akan pernah kering. p/s 1:maafkan saya untuk entry ini.

[sweet]

Dengan namaMu Allah,aku bermula status : sedang dalam pembacaan konklusi awal : 1-setakat ini,belum ada fakta yang saya rasa bercanggah.dan banyak juga fakta yang saya sendiri tidak tahu 2-walau dalam isu isu sensitif,penulis berhasil membuat fakta itu menjadi harmoni 3-ada satu hadis yang di tulis di dalam buku ini yang saya rasa sangat sweet=) "THOUGH THE HEAVENS AND THE EARTH CANNOT CONTAIN ME,THERE IS ROOM FOR ME IN THE BELIEVER'S HEART" do you have the specific room for Allah?

[saad]

Dengan namaMu Allah,aku bermula introducing..... SAAD IBN ABI WAQQAS p/s 1:ain sedang kegilaan dengan aA+bB itu~

[KEKAL '10]

Dengan namaMu Allah,aku bermula ini gambar sekitar KEKAL '10 melihat ini,saya rasakan ianya satu masalah tapi,kepimpinan PMRAM sentiasa optimis,kerana mereka yakin bahawa mereka di jalan kebenaran! nostalgia yang ditinggalkan cumanya,saya kurang berpuas hati dengan penerangan dari ajk booth ARMA ini.kerana soalan saya tidak dapat dijawab.sedangkan kebenaran itulah yang sepatutnya diterangkan di sini. owh,lukisan lukisan ini sangat cantik~ kan kan? saya pula hanya mampu bergambar~hahah ya,ini dia sebahagian dari team TANTA dalam pameran THIB NABAWI.serius,walau ntum pelajar perubatan,ntum akan dapat info baru dari mereka.nak tahu?sila temui mereka~! penutupnya,bersama dengan si tukang arah itu dan ini.(ini bukan ikhtilat yer~) p/s 1:owh,pameran di KEKAL sangat banyak.tak larat nak pergi semua dalam sehari,pergilah,korang akan dapat banyak info baru~! p/s 2:setiap malam sangat best~~~.bazar pon best~~~huhu p/s 3:teruja dengan pameran sebenarnya.setiap booth sumenye komited. /s 4: ini

[random]

Dengan namaMu Allah,aku bermula okeh,saya mulakan dengan kata kata 'umar yerk=) ini kesayangan saya.sape nak teka harganya berapa?setakat ni takder lagi yang betul.yang tahu duk diam~! ini muka tak cuak masuk oral.(kalau kata cuak,mesti takder yang percaya.mesti punyala~) soleh da kasi amaran jangan masuk rumah gambar ni.tapi takperla,mesti dia da xingat punya.halal la ek soleh?da lama da pun gambar ni.untuk umi ngn ayah tengok~~ngeh2~ untuk umi dan ayah akak dan soleh sihat sihat aje kat sini soleh sibuk akak tolong tengok~ hehehe owh sebelum terlupa ini berita berita menarik untuk dilihat dan diulas sesedap rasa korang~ ada yang menarik,ada yang menyakitkan,ada yang menyengihkan.haha silakan~ berita 1 berita 2 berita 3 berita 4 berita 5 p/s 1:saya belum kenalkan lagi kat korang dengan saad.kan?sebab takder lagi yang boleh amik gambar saad dengan terbaek.nanti la saya kenalkan.heheh~