Skip to main content

[senior]

Dengan namaMu Allah,aku bermula

dulu
saya ada seorang abang yang saya kenal
dia ini
saya tidak tahu bagaimana mahu gambarkan
tapi
dialah antara orang yang menjadikan saya sekarang
saya belajar mendisiplinkan ilmu dengan penulisan artikel

cara dia adalah dengan melontarkan soalan
menyuruh saya mencari beberapa buku untuk di buat kajian
kemudian saya perlu membuat artikel menurut persoalan atau tajuk yang diberikan
dia akan komen,kritik,perbaiki dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi
mengambil saya sebagai anak muridnya dalam bidang penulisan
namun,
di atas beberapa masalah yang timbul,saya terpaksa meninggalkan pembelajaran itu

teringat saya
dek kerana terlalu bersungguh
saya rela untuk meredah malam dan hujan,menaiki motor ke UM dari UPM
dengan keadaan saya tidak tahu jalan pun
pernah tersalah masuk lebuh raya
mujur ada sahabat dibelakang,tolong membetulkan,sekali dengan mentertawakan
dan saya pernah mahu berseorangan ke sana
dengan komuter,malam malam kerana tiada yang mahu menemani
mujur di akhirnya, ada juga sahabat yang merelai

dia mengajar saya seni dakwah
ilmu akidah
ilmu fiqh
seni silat
pernah dipuji
pernah dimaki
sahabat saya pernah dilempang,di tampar
tapi,tidak tahulah bagaimana
dia tetap seorang di hati kami kami semua

biarlah saya rahsiakan siapa dia
saya cuma teringat,bahawa dia salah seorang yang mentarbiyah
dialah juga yang membawa saya mengenal erti ukhuwah
dia juga menunjuk saya jalan menuju Allah!
sungguh,saya sangat sayangkan dia!

p/s 1:antara soalan yang pernah dia berikan pada saya dan untuk dibuat artikel adalah "malaikat itu islam atau tidak?".mereka yang membaca buku mabadiul islam,boleh menjawab persoalan ini.silakan.

Comments

  1. bertuahnya penasihat dpt jumpa sifu mantap cam tu,patut la penasihat mantap...apa kata sebar2kan kemantapan itu kat kmi2 ni?he~

    ReplyDelete
  2. huhu
    mahu letak jawatan
    tolong la kenal saya sebagai aisyah~
    hukhuk
    saya bukan orang mantap
    kerana hanya menumpang kemantapan orang len

    ReplyDelete

Post a Comment