Kalau korang adalah pengguna barangan Body Shop, boleh dah stop guna ya. Kalau korang dah lama bersahabat dengan saya di Fb, korang akan tahu saya tak pernah berkompromi dengan gerakan LGBTQ ni. Mereka membuat perancangan tersusun dan perlahan lahan menzahirkan sokongan dan pendirian mereka dengan ajaran sesat ini. Sepertimana saya boikot Starbucks kerana isu ini, mulai hari ini saya juga akan boikot Body Shop. Sebab saya tak nak berada di tahap selemah lemah iman seperti mana kata Rasulullah SAW-- مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ Moga Allah nilai pemboikotan saya ini sebagai jihad.