6.03 petang 31 julai 2011 tidak sampai sejam lagi untuk aku bertemumu ramadhan mulianya engkau ramadhan. di cintai, di rindui kerana darjatmu yang di tinggikan oleh Allah Allah ada orang yang mentaatiMu dengan menahan dirinya dari melakukan maksiat. ada orang yang mentaatiMu dengan bersungguh melakukan amalan sunat ada orang yang mentaatiMu dengan memuliakan makhlukMu ramadhan ini. allah siapa mereka yang Kau lepaskan dari neraka? siapa mereka yang Kau ampunkan dosa? siapa mereka yang Kau janjikan syurga? allah. aku memang tidak ada kelayakan untuk Kau anugerahkan semulia mulia bulan ini tapi, Kau mahu tidak untuk kasihani aku Allah? Allah mata yang memandang maksiat ini, mata ini jugalah yang sedang menangis mengharap ampunanMu tangan yang berbuat maksiat ini, tangan ini jugalah yang sedang menulis permohonan keampunan hati yang penuh kejahatan, nafsu liar dan dosa besar ini, hati ini jugalah yang sedang memohon untuk Kau sucikannya Allah diri yang penuh dosa, penuh hina ini, diri ini