Kalau korang adalah pengguna barangan Body Shop, boleh dah stop guna ya. Kalau korang dah lama bersahabat dengan saya di Fb, korang akan tahu saya tak pernah berkompromi dengan gerakan LGBTQ ni. Mereka membuat perancangan tersusun dan perlahan lahan menzahirkan sokongan dan pendirian mereka dengan ajaran sesat ini. Sepertimana saya boikot Starbucks kerana isu ini, mulai hari ini saya juga akan boikot Body Shop. Sebab saya tak nak berada di tahap selemah lemah iman seperti mana kata Rasulullah SAW-- مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ Moga Allah nilai pemboikotan saya ini sebagai jihad.
Bila terkurung lama di satu tempat ini barulah kita paham maksud betapa nikmat dunia ini tidak kekal. Nak cuti lama lama sebab tak larat kerja? Nah. Cuti 18 hari pon dah bosan. Nak PKP kat kampung sebab duduk sorang sorang itu bosan? Cuba tanya yang tengah PKP di kampung, nak balik rumah sendiri ke tidak. Oklah tu PKP lama sikit, boleh masak hari hari? Baru seminggu PKP pun dah muak makan masakan sendiri. Begitulah ya tuan tuan. Gambaran nikmat dunia. Sifatnya tidak kekal. Sementara cuma sedapnya. Tidak seperti syurga dan balasan akhirat. Ianya KHAIRUN. WA ABQA. Nikmatnya itu nikmat yang lebih baik, lebih besar. Dan nikmat itu kekal nikmat untuk dinikmati selama lamanya.